Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
buzz aldrin

Buzz Aldrin Diiktiraf Sebagai Manusia Pertama Kencing Di Bulan

Diterbitkan Oktober 21, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 22, 2022 oleh ariff bukhari

Neil Amstrong mungkin lebih dikenali kerana beliau merupakan manusia pertama yang menjejakkan kaki di Bulan.

Tetapi rakan angkasawannya, Dr. Buzz Aldrin yang juga manusia kedua menjejakkan kaki di Bulan telah dinobatkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai manusia pertama yang melakukan 2 perkara ini di angkasa lepas iaitu manusia pertama yang merakam swafoto di angkasa lepas dan orang pertama yang membuang air kecil di Bulan.

Pengiktirafan itu telah diberikan oleh Rekod Dunia Guinness kepada angkasawan itu pada tahun 2016 dahulu.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Mengejutkan, Video Memaparkan Doktor Buang 23 Kanta Sentuh Dari Mata Pesakit

Untuk Rekod Dunia Guinness pertamanya iaitu sebagai manusia pertama merakam swafoto di angkasa lepas, Buzz Aldrin melakukannya ketika misi Gemini 12 dalam tahun 1966 dahulu.

“Saya baru sahaja membuka pintu dan melihat sekeliling, sama seperti pelancong bersiar-siar. Saya melihat kamera dan berfikir, apa yang akan berlaku jika saya mengambil gambar saya’, tanpa mengetahui yang ia akan menjadi! Pencahayaan tidak dipilih dengan baik, tetapi anda boleh tahu siapa di dalam gambar itu” Dr. Buzz Aldrin.

swafoto 1

Untuk rekod keduanya pula iaitu kencing di Bulan, Buzz Aldrin lakukannya ketika misi Apollo 11.

“Orang pertama yang membuang air kecil di Bulan ialah angkasawan Apollo 11, Buzz Aldrin (AS) yang dilepaskan ke dalam alat pengumpulan dalam sut angkasa lepas ketika dia turun tangga dari modul bulan Eagle pada 20 Julai 1969.” Rekod Dunia Guinness.

Sumber: Montclair, NJ Patch, Guinness World Records, Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY