Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
covid ikan

Bukan Sekadar Manusia, Ikan Pun Turut Dilakukan Saringan Covid-19

Diterbitkan April 5, 2022 oleh Faiz Munir

Baru-baru ini tular video yang mana pegawai kesihatan telah melakukan ujian saringan terhadap ikan hidup di pasar basah Shanghai, China. Daripada video tersebut kita dapat melihat pegawai kesihatan yang lengkap dengan PPE memasukkan kapas swab ke dalam mulut ikan tersebut.

Video dimuat naik oleh Changsha Broadcasting Station dan telah mendapat sebanyak 2.3 juta tontonan di platform Haokan. Berdasarkan komen, rata-rata mempertikaikan tindakan tersebut.

Perkara ini telah menimbulkan persoalan adakah langkah yang diambil oleh kerajaan China ini masuk akal? Hal ini kerana, ikan melakukan proses pernafasan menggunakan ingsang. Melakukan swab ke dalam mulut ikan hanya menyebabkan pembaziran terhadap kit ujian.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan di China yang mana kerajaan itu juga mengaitkan penyebaran Covid-19 yang boleh berpunca daripada mel udara (air mail) dan makanan beku.

November tahun lalu, kerajaan China telah menyekat makanan beku di bandar pelabuhan Dalian bagi mencegah penularan virus ini. Awal bulan ini pula, kerajaan negara itu akan mengsinatisi semua barang dari luar negara sebelum ia dihantar kepada pemiliknya.

Sumber: Insider

Baca juga:

  • Terpedaya Dengan Budak Bawah Umur, Apple Dan Meta Dilapor Sudah Serah Data Pada Penggodam
  • Tak Perlu Ke Kaunter, Anda Boleh Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi MAE
  • Begini Cara ‘Reset Password’ Apple ID Anda Jika Hilang Peranti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY