Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Begini Cara ‘Reset Password’ Apple ID Anda Jika Hilang Peranti

Begini Cara ‘Reset Password’ Apple ID Anda Jika Hilang Peranti

Diterbitkan April 4, 2022 oleh Nadiah Ab

Lupa kata laluan menjadi salah satu perkara yang boleh buatkan kita tak keruan. Terutama sekali untuk ‘password’ akaun seperti Apple ID yang memerlukan langkah-langkah tertentu sahaja untuk ‘reset’ semula.

Apple ID memberi pengguna akses kepada iCloud, peranti anda dan banyak lagi. Jadi, tanpa itu, anda boleh kehilangan terus akses kepada segala data yang disimpan dalam iCloud.

Berikut ialah beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk menetapkan semula kata laluan Apple ID anda.

Cara ‘Reset’ kata laluan Apple ID melalui peranti iPhone atau iPad

Melalui aplikasi ‘Settings’

Langkah 1: Pergi ke ‘Settings’ dan klik nama anda di bahagian atas, kemudian pilih ‘Password & Security’ diikuti dengan ‘Change password’.

Begini Cara ‘Reset Password’ Apple ID Anda Jika Hilang Perantireset password apple id

Langkah 2: Taipkan kod laluan yang anda gunakan untuk membuka kunci peranti anda, kemudian tambah kata laluan baharu dalam ruangan pada skrin seterusnya dan pilih ‘Change’.

Langkah 3: Masukkan kata laluan baharu tadi pada peranti Apple anda yang lain.

‘Reset’ melalui laman web iForgot

Langkah 1: Pergi ke iForgot.apple.com dan masukkan Apple ID anda, kemudian tekan ‘Continue’.

reset password apple idBegini Cara ‘Reset Password’ Apple ID Anda Jika Hilang Peranti

Langkah 2: Masukkan kod laluan peranti anda, seperti yang diminta, kemudian tekan ‘Continue’.

Langkah 3: Masukkan kata laluan baharu dua kali, kemudian klik ‘Next’ atau ‘Change’, bergantung pada peranti.

‘Reset’ melalui peranti lain

Jika anda kehilangan akses kepada iPhone atau iPad anda sendiri, anda boleh meminta rakan atau keluarga anda untuk membantu, sama ada melalui aplikasi ‘Apple Support’ (peranti yang lebih baharu) atau ‘Find My iPhone’ (iOS 9 hingga 12).

Aplikasi ‘Apple Support’: Setelah memuat turun aplikasi ini, buka dan klik ‘Passwords & Security’. Kemudian, pilih ‘Reset Apple ID password’ diikuti dengan ‘Get Started’, dan kemudian ‘A different Apple ID’.

reset password apple id
reset password apple id
reset password apple id

Akhir sekali, masukkan Apple ID anda, sediakan kata laluan baharu, dan tunggu sehingga dapat mesej pengesahan.

Aplikasi ‘Find My iPhone’: Buka aplikasi kemudian pastikan ruangan Apple ID kosong. Klik ‘Forgot Apple ID or Password’ dan ikuti arahan seterusnya.

Cara ‘Reset’ kata laluan Apple ID melalui Mac

Langkah 1: Klik pada menu Apple, terletak di sudut kiri atas skrin dan pergi ke ‘System Preferences’.

Langkah 2: Pilih Apple ID. Jika versi macOS anda adalah versi lama, pergi ke ‘iCloud’, kemudian ‘Account Details’.

reset password apple id
reset password apple id

Langkah 3: Pilih ‘Password & Security’ (atau ‘Security’, untuk macOS lama) diikuti dengan ‘Change Password’.

Langkah 4: Seterusnya, jika diminta, masukkan kata laluan akaun pentadbir dan klik ‘Ok’.

Langkah 5: Masukkan kata laluan baharu dua kali, kemudian klik ‘Change’.

Cara ‘Reset’ Apple ID melalui ciri pemulihan akaun Apple

Pilihan terbaru yang ditawarkan Apple ialah ciri pemulihan, yang membolehkan anda menetapkan semula Apple ID anda melalui kenalan yang dipercayai.

Sebelum menggunakan ciri ini, pastikan setiap peranti anda telah dikemas kini sepenuhnya.

Sebelum itu, anda harus tetapkan dahulu kenalan yang dipercayai pada iPhone anda.

Langkah 1: Pergi ke aplikasi ‘Settings’ dan klik nama anda di bahagian atas skrin.

Langkah 2: Klik ‘Password & Security’.

Begini Cara ‘Reset Password’ Apple ID Anda Jika Hilang Peranti
Begini Cara ‘Reset Password’ Apple ID Anda Jika Hilang Peranti

Langkah 3: Pilih ‘Account Recovery’.

Langkah 4: Pilih ‘Add Recovery Contact’.

Langkah 5: Masukkan kata laluan Apple ID anda dan ikuti arahan seterusnya.

Setelah ditetapkan, anda hanya perlu menghubungi kenalan yang dipercayai tadi dan mereka akan menghantar kod kepada anda untuk masuk semula akaun anda yang sudah terkunci.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY