Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
robot kambing 2-min-min

Bukan Motosikal Elektrik Tapi Kawasaki Pamer Kambing Elektrik Yang Boleh Ditunggang

Diterbitkan Mac 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara International Robot Exhibition (iREX) di Tokyo beberapa hari lalu, Kawasaki melalui Kaleido mengadakan demonstrasi dua robotnya yang berupa manusia (humanoid) dan kambing.

Robot dengan rupa kambing tersebut dinamakan Bex, mengambil inspirasi daripada sejenis spesis kambing liar di benua Eurasia dan Afrika iaitu Ibex.

robot kambing 4

Dengan empat kaki, ia juga boleh bergerak dengan roda bila badannya direndahkan. Sebuah roda akan keluar daripada bahagian perut dan membolehkannya bergerak dalam dua mod.

robot kambing 3-min

Selain membawa manusia, Bex juga boleh menanggung muatan sehingga 100kg (220lbs) namun ia masih belum siap sepenuhnya untuk dikomersialkan.

robot nurse kawasaki

Sebuah lagi robot humanoid turut dipamerkan dengan ia membuat beberapa aksi seperti menari dan melambai. Ketua juruteranya berkata humanoid ini boleh digunakan untuk kerja-kerja di kilang dan membantu kerja-kerja rawatan dan penjagaan di rumah (nursing home care).

Kaleido ialah sebuah program di bawah Kawasaki yang menumpukan terhadap pembangunan robotik sejak dibangunkan pada 2015.

Sumber: Kawasaki

Baca juga:

  • Hospital Di Malaysia Menggunakan Robot Pembersih Lantai Ciptaan Anak Tempatan
  • Teknologi Robot Manusia Di China Lengkap Dengan Urat Dan Bulu Roma
  • Robot Pintar Mula Bertugas Agih Air Zamzam Kepada Jemaah Haji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY