Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bukan 8K, Tapi YouTuber Ini Cuba Main Genshin Impact Pada Resolusi 13K

Bukan 8K, Tapi YouTuber Ini Cuba Main Genshin Impact Pada Resolusi 13K

Diterbitkan November 3, 2022 · Dikemas kini November 4, 2022 oleh Firdaus

Seorang YouTuber dengan nama Golden Reviewer telah menguji game Genshin Impact dalam tetapan grafik yang ‘tidak masuk akal’.

Beliau telah memuat naik satu video pengujian Genshin Impact pada resolusi 13K yang banyak dibantu oleh GeForce RTX 4090.

Spesifikasi PC yang digunakan beliau untuk menjayakan pengujian itu adalah seperti di bawah ini:

  • Intel Gen Core i7-10700KF
  • Asus Prime Z490-P motherboard
  • 64GB Corsair Vengeance LPX DDR4-3200 RAM
  • MSI GeForce RTX 4090 GAMING X TRIO 24G GPU
  • Samsung SSD 970 EVO Plus 2TB

Dalam video yang dimuat naik beliau itu, purata kadar bingkai per saat yang dicapai adalah sekitar 30fps. Genshin Impact mempunyai satu ciri dimana pemain boleh menangkap layar (screenshot) game itu.

Genshin Impact
Genshin Impact.jpg

Disebabkan resolusinya pada 13K, saiz gambar tangkap layar itu melebihi 80MB. Tetapi, kualiti zum yang diterima sangat menakjubkan biarpun setiap gambar itu saiznya hampir sama seperti video dengan resolusi 480p ke atas.

Berkaitan

  • Lagi Kecil Dari Kiub Rubik, TinyTV Adalah Televisyen 'Tercomel' Dunia
  • (Ulasan) ASUS Vivobook 16X - Laptop Skrin Besar 16 Inci Dan Berprestasi Mampu Milik
  • Google Play Games Akhirnya Tersedia Dalam PC Untuk Pengguna Malaysia
  • Xiaomi Pad 6 Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1
  • AMD Respon Terhadap Laporan Isu Prestasi Siri Ryzen 7000

Genshin Impact adalah sebuah permainan video dunia terbuka dengan sokongan pelbagai platform dan merupakan pemenang The Game Award for Best Mobile Game bagi tahun 2021.

Sumber: wccftech 

Gambar utama: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY