Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 2

Bowers & Wilkins Pi6 Dan Pi8 Dilancar, Harga Bermula RM1,399

Diterbitkan September 23, 2024 oleh Rushsyafizal

Bowers & Wilkins telah melancarkan dua model fon telinga wayarles baharu, Pi6 dan Pi8, yang membawa pengalaman audio premium ke tahap seterusnya. Kedua-dua model ini dibangunkan oleh pasukan yang sama yang bertanggungjawab untuk fon kepala Px7 S2e dan Px8.

Pi6 berharga RM1,399, manakala Pi8 berharga RM2,399, kedua-duanya menampilkan reka bentuk ergonomik yang elegan dan teknologi pembatalan bunyi aktif yang canggih.

IMAGE 1
IMAGE 4

Pi6 dilengkapi pemacu 12mm yang menghasilkan bunyi berkualiti tinggi. Pi8, sebagai model andalan, dilengkapi dengan teknologi Carbon Cone untuk kualiti bunyi lebih baik dan sokongan aptX Lossless. Kedua-duanya menyokong Bluetooth 5.4, multipoint pairing, DSP serta DAC daripada ADI dan kawalan melalui aplikasi Bowers & Wilkins Music.

Kedua-dua model boleh bertahan selama 8 jam penggunaan, manakala selongsong pengecasan menyokong tambahan 16 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 24 jam. Pi8 pula, menawarkan 6.5 jam bunyi berkualiti tinggi melalui fon putik dan tambahan 13.5 jam daripada Smartcase, memberi jumlah keseluruhan 20 jam.

Ia juga menyokong pengecasan pantas, di mana hanya 15 minit pengecasan dapat memberikan kuasa tambahan untuk dua jam penggunaan. Semua angka hayat bateri ini diukur dengan ciri Active Noise Cancellation (ANC) dihidupkan, memastikan pengalaman audio tanpa gangguan walaupun dalam masa yang panjang.

Pi6 hadir dalam warna Storm Grey, Cloud Grey, Forest Green, dan Glacier Blue, manakala Pi8 ditawarkan dalam Anthracite Black, Dove White, dan Midnight Blue, dengan Jade Green. Fon kepala ini akan tersedia pada Oktober 2024 di stor TC Acoustic dan kedai fizikal Sonos Concept Store.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Respon Tor Terhadap Dakwaan Polis Jerman, "Terus Akses Web Dengan Selamat Dan Tanpa Nama"
  • Siri Dengan Sokongan Apple Intelligence Mungkin Tiba Lebih Awal Dari Jangkaan
  • Naruto: Ultimate Ninja Storm Akan Tersedia Di iOS, Android Pada 25 September Ini

Sumber : Siaran Media Bowers & Wilkins

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY