Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Respon Tor Terhadap Dakwaan Polis Jerman, “Terus Akses Web Dengan Selamat Dan Tanpa Nama”

Respon Tor Terhadap Dakwaan Polis Jerman, “Terus Akses Web Dengan Selamat Dan Tanpa Nama”

Diterbitkan September 22, 2024 · Dikemas kini September 23, 2024 oleh ariff bukhari

Pelayar Tor sememangnya terkenal di kalangan pengguna yang mementingkan privasi di mana ia merupakan pelayar dengan rangkaian terbesar di dunia untuk pelayar internet tanpa nama.

Tetapi pelayar yang mempunyai kira-kira 2 juta pengguna dan mendakwa sebagai pelayar paling privasi dengan gabungan penyulitan dan ciri menghalakan semula (rerouting) semua trafik beberapa kali, mungkin tidak begitu privasi sebenarnya.

Ia selepas siasatan baharu oleh pihak berkuasa Jerman mendakwa telah dapat menyahnama trafik beberapa pengguna Tor menggunakan kaedah “analisis masa”.

Polis Jerman dilaporkan telah mengawasi pelayan Tor di pusat data dan telah menggunakan perkhidmatan sembang “Ricochet” untuk mengenal pasti pengguna Tor dan menentukan pintu masuk mereka ke rangkaian.

Respon terhadap dakwaan itu, Tor menyatakan,

“Pengguna Tor boleh terus menggunakan Pelayar Tor untuk mengakses web dengan selamat dan tanpa nama. Dan Rangkaian Tor sihat.”

Tor juga menegaskan bahawa pelayar mereka masih merupakan penyelesaian terbaik untuk pengguna dan menggalakkan semua pengguna Tor untuk sentiasa memastikan versi perisian pelayar  dikemas kini.

Menjelaskan isu tersebut, Tor mencadangkan bahawa pengguna yang menggunakan versi pelayar Tor terdahulu sebelum 2022 lebih berisiko terdedah.

Tor juga mengakui bahawa pelayar mereka masih terikat dengan batasan ekosistem internet yang kebanyakannya dimiliki dan ditadbir oleh syarikat besar.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Tor Project, NDR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY