Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boost Tawar Ganjaran Hebat Sambil Menderma Di Bulan Ramadan

Boost Tawar Ganjaran Hebat Sambil Menderma Di Bulan Ramadan

Diterbitkan Mac 30, 2022 oleh Nadiah Ab

Menjelang bulan Ramadan yang penuh mulia, Boost memulakan inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dengan kempen “Kongsikan KeberkaTEN Ramadan” mereka sehingga 31 Mei 2022.

Kempen ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk melakukan kebaikan di samping mendapat ganjaran besar yang lain.

Kempen “Kongsikan KeberkaTEN Ramadan” oleh Boost membolehkan pengguna aplikasi Boost menderma terus kepada NGO terpilih. Bagi setiap derma RM10 dari pengguna, Boost akan menambah lagi derma RM1.

Umat Islam di seluruh negara juga boleh bersedekah melalui ciri eZakat dalam aplikasi Boost itu sendiri dari 3 April hingga 3 Mei 2022.

boost ramadan
Sumber: Boost

Bukan itu sahaja, Boost turut menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran lain. Antara yang ditawarkan sempena kempen “Kongsikan KeberkaTEN Ramadan” ini ialah:

  • Duit Raya RM10 percuma boleh ditebus setiap Jumaat dari 12PM – 4PM melalui Katalog BoostUP Rewards pada 1 April, 8 April, 15 April, 22 April, dan 29 April untuk digunakan ketika membuat belian dalam talian dan luar talian, membayar bil dan banyak lagi.
  • Ganjaran 100,000 Boost Stars kepada 10 pemenang setiap minggu, dari 1 April hingga 5 Mei 2022. Pengguna boleh dapatkan 1 penyertaan bagi setiap RM50 yang dibelanjakan.
  • Pulangan tunai sehingga RM20 dan peluang untuk memenangi Perodua ATIVA serba baharu daripada Boost & UnionPay apabila pengguna membeli-belah di kedai dengan Econsave, ecoshop, Petron dan banyak lagi dari 15 April hingga 31 Mei 2022.
  • Pulangan tunai sehingga RM10 apabila membeli-belah dalam talian dengan Haurabelle, Zalora, ZCITY dan banyak lagi, serta pulangan tunai sehingga RM100 di ePheeLive dan WOWShop, dengan tawaran sehingga 21 Mei 2022.
  • Pulangan tunai lebih RM10 apabila membeli barangan keperluan di Lotus, Giant, Cold Storage, Mercato, CU Mart dan banyak lagi sehingga 7 Mei 2022.
  • Pulangan tunai sehingga RM10 apabila berbuka puasa di kedai McDonald’s, KFC, Sushi Mentai, Texas Chicken dan banyak lagi dari 16 April hingga 16 Mei 2022.
  • Penjimatan RM10 apabila membeli-belah di kedai Isetan dan BATA dari 28 Mac hingga 31 Mei 2022.

Selain menawarkan pelbagai tawaran hebat, tahun ini Boost kembali untuk menganjurkan Bazar Ramadan di seluruh Malaysia sepanjang April 2022 termasuk di Pandan Indah (Kuala Lumpur), Metrocity (Sarawak), Mahkota Square (Pahang) dan banyak lagi.

Untuk ketahui butiran lanjut tentang cara menderma kepada NGO terpilih melalui aplikasi Boost, layari laman rasmi Boost.

Anda boleh muat turun aplikasi Boost di sini.

Sumber: Siaran Akhbar Boost

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Pemberian Tablet Percuma, Pendaftaran Dibuka Pada 15 April Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY