Boost merupakan anak syarikat fintech Axiata yang kini semakin pesat berkembang di peringkat serantau. Kita mungkin hanya mengenali Boost sebagai syarikat yang menawakan perkhidmatan e-dompet sahaja tetapi sebenarnya mereka lebih daripada itu.
Boost berhasrat untuk menjadi bank digital yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan peniaga di Asia Tenggara. Boost juga memiliki 4 jenama utama iaitu:
- Boost Life
- Boost Biz
- Boost Credit
- Boost Connect
Bermula pada tahun 2017, Boost telah memulakan operasi pertama mereka dengan memperkenalkan e-dompet melalui aplikasi Boost Life. Sehingga tahun 2022 ini, boost telah banyak berkembang dan telah memberikan banyak faedah kepada pengguna dan perniaaga.
Peningkatan pengguna juga meningkat sepajang tempoh tersebut dan Boost berharap yang peningkatan ini akan terus berlaku sehingga tahun 2025.
Boost telah banyak berevolusi dan banyak memperkenalkan teknologi baharu seperti bekerjasama dengan RHB untuk menubuhkan konsortium untuk memohon lesen perbankan digital dari Bank Negara Malaysia.
Boost juga bekerjasama dengan Mastercard untuk mengeluarkan kad prabayar fizikal dan maya untuk tahun ini. Selain itu, mereka juga akan mengutamakan solusi Buy-Now-Pay-Later.
Sheyantha Abeykoon Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata jika kelulusan lesen bank digital berjaya, mereka mampu untuk terus mara ke fasa seterusnya untuk membina ekosistem digital buat pengguna dan peniaga diseluruh rantau.
Sumber: Siaran akhbar Boost
Baca juga: