Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bollywood Dan 4 Lagi Saluran Baru Kini Percuma Di sooka

Bollywood Dan 4 Lagi Saluran Baru Kini Percuma Di sooka

Diterbitkan Julai 18, 2023 oleh ariff bukhari

sooka mengumumkan sebanyak 5 lagi saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) ke dalam platform penstriman mereka.

Buat masa sekarang, sooka mempunyai 5 saluran FAST iaitu K-Popcorn, ESTV, CarbonTV, TAYO+ dan Gusto TV, dan telah menambah 5 lagi saluran FAST baharu, memberikan penggunanya sejumlah 10 saluran untuk dinikmati.

5 Saluran FAST tambahan terbaru itu adalah Bollywood Prime, YRF Music, INFAMOUS TV, Tastemade dan EDGESport.

Bollywood Dan 4 Lagi Saluran Baru Kini Percuma Di sooka

Saluran FAST yang diperkenalkan hasil kerjasama dengan Amagi ditawarkan tanpa kos tambahan untuk tontonan para pelanggan sooka melalui TV pintar atau peranti mudah alih mereka.

Pelanggan yang berminat boleh menonton sepuluh saluran baharu ini secara percuma selepas mendaftar dengan sooka dan jika anda inginkan kandungan premium, anda boleh melanggan mana-mana pelan langganan sooka – Entertainment, Sports & Entertainment dan sooka TV masing-masing pada harga RM15.90, RM34.90 dan RM62.90 sebulan.

Semua pelan langganan sooka adalah tanpa kontrak serta tanpa komitmen.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Maxis Akan Laksanakan Perjanjian Akses 5G Dengan DNB
  • Pengguna iOS Kini Boleh Log Masuk TikTok Lebih Mudah, Ini Caranya

Sumber: Siaran Media sooka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY