"Body Shaming" Adalah Jenayah. Pelaku Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Jika anda adalah pengguna yang peka dengan info semasa platfom sosial, pastinya anda tahu tentang 2 perkara yang sedang menjadi trend popular ketika ini.

2 trend tersebut adalah ciri Avatar Facebook dan juga "body shaming". Di sini penulis suka untuk menulis tentang "body shaming".

Tahukah anda bahawa "body shaming" adalah satu bentuk jenayah yang menyebabkan pelaku yang dituduh boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Body shaming" adalah perbuatan menghina rupa fizikal seseorang menerusi platfom sosial yang memberikan kesan buruk kepada mangsa.

Body shaming yang bertujuan mengutuk dan memalukan sesorang akan menyebabkan mangsa mengalami tekanan dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruan pemakanan dan kemurungan.

Malah pada tahap ekstrim ia mampu sehingga menyebabkan mangsa mengambil tindakan membunuh diri.

Menurut Public Health Malaysia, pelaku jenayah body shaming  boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berikut adalah huraian Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 233 (1) (b) yang berkaitan dengan jenayah body shaming:-




Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

233. (1) Seseorang yang—






(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—




(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, melakukan suatu kesalahan.

Menurut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika disabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.




Jadi jangan sesekali kita melakukan jenayah Body shaming demi kepuasan nafsu diri sendiri. Kerana kelak ia hanya akan memakan diri.

Bagi mereka yang merasakan diri menjadi mangsa di mana-mana platfom sosial, mereka bolehlah mengambil tindakan undang-undang terhadap sipelaku.

Berkaitan