Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BAD LAB 1

BAD LAB Dan BOON SIEW HONDA RACING TEAM Jalin Kerjasama Menerusi Sukan Permotoran

Diterbitkan Februari 23, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia dan terkenal di pasaran dunia, BAD LAB telah mengumumkan penglibatan mereka dalam sukan permotoran melalui kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM untuk membentuk BAD LAB KC HONDA RACING TEAM.

Kerjasama ini merupakan sebahagian dari inisiatif misi BAD LAB menyokong bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar satu hari nanti dapat beraksi di arena antarabangsa.

“Keputusan untuk menjalin kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM bukan sahaja satu keputusan strategik, namun ia begitu sejajar dengan misi BAD LAB memperkasa generasi muda Malaysia agar berani dan tidak mudah menyerah kalah di dalam usaha merealisasikan impian. Ini adalah di antara peristiwa paling penting di dalam sejarah jenama BAD LAB sejak ia mula diperkenalkan kepada pasaran tempatan dan dunia pada tahun 2014. Sebagai sebuah kempen, MAN-GINEERED FOR POWER merupakan satu daripada strategi kami untuk menyokong serta membangunkan generasi baru pelumba Malaysia.  Selari dengan itu, BAD LAB akan menyediakan satu platform khusus agar mereka bukan sahaja dapat menampilkan bakat yang ada, malah dapat juga menimba pengalaman dan belajar dari pelumba-pelumba lain yang hebat dan lebih senior.” Pengarah Komersil BAD LAB, Lum Chong Heng.

BAD LAB 2

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan BAD LAB untuk membentuk BAD LAB KC HONDA RACING TEAM. BAD LAB amat dikenali dengan inisiatif yang amat berkait rapat dengan trend serta genre budaya alternatif golongan muda, dan dalam proses ini, ia  telah berjaya merealisasikan impian audiens jenama hebat ini. Secara tidak langsung, ianya bertepatan sekali dengan slogan kami iaitu SEMANGAT IMPIAN.” Pengurus BOON SIEW HONDA RACING TEAM, Zulhelmi Ahmad.

BAD LAB KC HONDA RACING TEAM diwakili oleh 4 pelumba iaitu Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Adib Hareez Bin Hazwat, 17 dan Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17.

Para pelumba tersebut bakal beraksi buat kali pertama bermula pada 25 Februari 2023 di pusingan pertama edisi ke-30 Petronas Malaysian Cub Prix (2023), yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Berkaitan

  • "Bagaimana untuk menggodam kata laluan wifi?" Antara Carian Tertinggi Rakyat Malaysia Tahun 2022
  • Penguatkuasaan Pelitup Muka Bukan Perubatan Dengan Tanda SIRIM Ditetapkan Bermula 1 Julai 2023
  • MITI, Proton, Perodua Bincang Percepat Pengeluaran EV Nasional Mampu Milik - Tengku Zafrul

Sumber: Media BAD LAB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY