BlackBerry Berhenti Membina Telefon





Selepas 14 tahun membina dan menghasilkan telefon, Blackberry kini telah mengumumkan mereka tidak akan lagi meneruskan penghasilan telefon mereka sendiri.



Syarikat yang terkenal dengan papan kekunci "Qwerty" sedang bergelut dengan pelbagai telefon pintar yang berada di pasaran sekarang termasuk Samsung dan Apple yang memonopoli pasaran dunia. Pada tahun 2006 hingga ke hujung 2012 Blackberry merupakan telefon yang menjadi pilihan ramai dengan ciri Blackberry Massenger.



Blackberry memutuskan untuk memberi fokus terhadap bisnes penghasilan software untuk telefon berbanding menghasilkan telefon mereka sendiri. Maksudnya, Blackberry akan berkerjasama dengan syarikat pembuat telefon yang lain jika mereka hadir dengan peranti baru mereka di masa hadapan. Pihak kami tidak pasti tentang model DTEK60 yang bakal menembusi pasaran tidak lama lagi.







Blackberry akan menghentikan pembuatan hardware secara total. Kini mereka lebih fokus kepada pembinaan software termasuk sistem keselamtan dan aplikasi. Mereka dilaporkan mengalami kerugian sebanyak $372 juta pada suku terakhir tahun ini berbanding tahun lepas yang masih merekodkan keuntungan $51 juta.







Blackberry juga tampil dengan ciptaan software terbaru iaitu Blackberry 10 yang tidak mendapat sambutan dan masih tidak mampu menandingi pesaing terbesar seperti Android dan iOS. Selepas mengeluarkan DTEK50 dan Priv, dikhabarkan Blackberry akan datang dengan DEK60.