Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark

Black Shark Lancar Jam Tangan Pintar, Ada IP68 Pada Harga Bermula RM149

Diterbitkan Ogos 15, 2023 · Dikemas kini Ogos 15, 2023 oleh Firdaus

Black Shark Malaysia pertama kalinya melancarkan barisan jam tangan pintar yang menampilkan 3 model pilihan – Black Shark S1, Black Shark GT, and Black Shark GT Neo.

Selain penyejuk peranti, TWS dan lain-lain, ini merupakan satu atmosfera baharu buat Black Shark Malaysia dalam pasaran jam tangan pintar.

Black Shark S1

Black Shark Lancar Jam Tangan Pintar, Ada IP68 Pada Harga Bermula RM149

Black Shark S1 adalah peranti andalan dalam barisan smartwatch ini. Ia mempunyai skrin AMOLED 1.43″ yang sokong kadar bingkai 60fps.

Selain itu, jam ini menyokong ciri ENC Bluetooth, bateri 330mAh yang mampu bertahan hingga 10 hari lamanya, dan 20 hari dalam mod standby.

Di samping itu, ia mempunyai mod pemantauan seperti, penjejak degupan jantung, paras oksigen darah, tekanan, analisis tidur dan banyak lagi.

Tidak lupa juga BS S1 ini mempunyai GPS, penarafan kalis air IP68 dan dijual pada tanda harga RM299 sahaja.

Black Shark GT

Berbanding S1, Black Shark GT menawarkan sebuah peranti dengan rekaan skrin petak AMOLED 1.78″ dan kapasiti bateri 270mAh yang mampu bertahan hingga 10 hari dalam sekali cas.

Selain itu, ia juga mempunyai mod pemantauan yang pelbagai seperti BS S1, GPS, lebih 100 mod sukan untuk dipilih dan dijual pada tanda harga RM199.

Black Shark GT Neo

Black Shark GT Neo mempunyai skrin yang besar, 2.02″ paparan TFT yang beresolusi 240 x 296, sokongan ENC Bluetooth dan bateri berkapasiti 270mAh yang mampu menyokong hingga 7 hari penggunaan.

Selain itu, ia ada ciri-ciri yang sama seperti mod pemantauan, GPS, mod sukan dan ditawarkan pada tanda harga rasmi RM149.

Black Shark Lancar Jam Tangan Pintar, Ada IP68 Pada Harga Bermula RM149

Tetapi pada 17 Ogos hingga 18 Ogos ini, Black Shark GT Neo dijual pada harga RM99 sahaja di kedai rasmi Shopee Black Shark Malaysia.

Beli Black Shark S1 di Shopee: https://invl.io/cljkev3

Beli Black Shark GT di Shopee: https://invl.io/cljkeuj

Beli Black Shark GT Neo di Shopee: https://invl.io/cljkeu9

Berkaitan

  • Maxis Akhirnya Lancar Pelan 5G, Ini Apa Yang Ditawarkan
  • Xiaomi Pad 6 Max Rasmi, Skrin 14" Dan Snapdragon 8+ Gen 1
  • Xiaomi Lancar Mix Fold 3 - Mampu Bertahan Sehingga 500,000 Lipatan
  • Berdesup, Cip A17 Bionic Didakwa Sepantas PlayStation 5 Tapi Jauh Lebih Jimat Tenaga
  • Panel Belakang Huawei Mate 60 Mungkin Separa Kaca Dan Logam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY