Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Lancar Aspire Vero Baharu, Harga Bermula RM2599

Acer Lancar Aspire Vero Baharu, Harga Bermula RM2599

Diterbitkan September 30, 2022 · Dikemas kini September 30, 2022 oleh Firdaus

Acer Malaysia telah memperkenalkan model baharu bagi siri Aspire Vero yang dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Gen-12.

Spesifikasi

Acer Aspire Vero mempunyai 2 model dikuasakan cip Intel Core i5 dan i7 Gen 12 yang menawarkan prestasi yang lebih baik dan cekap tenaga. Kedua-dua model itu menggunakan grafik Intel Iris Xe.

Acer Lancar Aspire Vero Baharu, Harga Bermula RM2599
Acer Lancar Aspire Vero Baharu, Harga Bermula RM2599

Tambahan lagi, Aspire Vero juga dilengkapi memori RAM LPDDR4X sebesar 8GB dan sokongan storan PCIe NVMe SSSD bersaiz 512GB.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Siri Intel Core Gen-13 'Raptor Lake' Kini Dilancar
  • Siri AMD Ryzen 7000 Dijual Pada Tanda Harga Bermula RM1399 Di Malaysia

Aspire Vero dikatakan mampu memberikan lebih 4 jam masa penggunaan daripada 30 minit waktu pengecasan sahaja.

Binaan Daripada Bahan Mesra Alam

99% daripada bahan panel skrin paparan Aspire Vero ini boleh dikitar semula.

Acer Lancar Aspire Vero Baharu, Harga Bermula RM2599

Bukan itu sahaja, 30% casis dan 50% keycaps pada Aspire Vero ini dibuat daripada bahan post-consumer plastic (PCR).

Acer Lancar Aspire Vero Baharu, Harga Bermula RM2599

Acer Aspire Vero dijual pada harga RM2599 dengan Windows 11 dan sokongan Microsoft Office Home & Student 2021.

Aspire Vero juga sudah tersedia di eStor Acer, Shopee dan Lazada untuk dibeli.

Beli Aspire Vero di Shopee – https://shope.ee/5zqPPMY2lc

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY