Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
acer aspire 7 intel i5 12th gen (3)

Acer Swift 3 OLED Dan Aspire 7 Mula Dijual Di Malaysia, Harga Bermula RM3,899

Diterbitkan November 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Acer hari ini telah melancarkan dua komputer riba untuk pasaran Malaysia bagi kelas pertengahan iaitu Acer Swift 3 OLED dan Aspire 7. Kedua-dua kali ini dijana cip buatan Intel.

Berikut ialah maklumat dan harga bagi setiap model.

Acer Swift 3 OLED

acer swift 3 intel i7 (1)

Komputer riba ini dijana cip Intel Core i7 generasi ke-12 (12700H) dan menggunakan RAM LPDDR5 sebesar 16GB. Untuk storan dalaman pula, ia dibekalkan SSD bersaiz 1TB.

Dari segi tubuh fizikalnya, chassisnya mempunyai berat 1.4KG saja.

acer swift 3 oled (2)

Dengan nisbah skrin 92%, ia menggunakan paparan OLED berdimensi 14 inci 16:10 QXGA+ dengan resolusi 2.8K. Swift 3 OLED ini hadir dengan teknologi VESA DisplayHDR True Black 500 serta menyokong gamut warna DCI-P3 100%.

Selain menyokong WiFi 6E, ia juga boleh digunakan untuk sidang maya kerana mempunyai ciri Temperal Noise Reduction (TNR) dan PurifiedVoice dengan AI Noise Reduction.

acer swift 3 oled (3)

Acer Swift 3 OLED sudah tersedia pada bermula pada harga RM4,399 di Shopee, Lazada dan Acer Store. Spesifikasi lanjut boleh diakses di laman web Acer.

Klik SINI untuk kedai diiktiraf Acer di Shopee.

Berkaitan

  • Acer Chromebook Vero 514 Diperkenalkan, 'Laptop' 30% Dari Bahan Kitar Semula
  • (Ulasan) Acer Swift 5 - Komputer Riba Premium Yang Masih Mampu Milik
  • Acer Lancar Predator Orion 7000 'Gaming Desktop' Versi Intel Gen-13
  • Acer Lancar Aspire Vero Baharu, Harga Bermula RM2599

Acer Aspire 7

acer aspire 7 intel i5 12th gen (3)

Model ini pula menggunakan CPU Intel Core i5 (1240P) dan GPU NVIDIA GeForce RTX1650. RAM DDR4 sebesar 8GB pula digabungkan dengan storan SSD 512GB.

acer aspire 7 intel i5 12th gen (1)

Rekaan nipisnya dilengkapkan dengan kadar segar 144Hz bagi skrin sebesar 15.6 inci. Nisbah skrinnya ialah setinggi 81%.

Dari segi paparan, ia mempunyai ciri Color Intelligence dan ExaColor yang sesuai untuk pengguna yang sering bermain game seperti tembak-menembak.

acer aspire 7 intel i5 12th gen (2)

Ia dijual pada harga RM3,899 dan boleh didapatkan mulai sekarang. Spesifikasi lanjut boleh diakses di laman web Acer.

Klik SINI untuk kedai diiktiraf Acer di Shopee.

Untuk masa terhad sehingga 31 Disember 2022, mereka yang membeli salah satu model di atas layak menebus kredit TNG eWallet bernilai RM80 atau RM120.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY