DJI dilaporkan sedang berusaha untuk mengeluarkan quadcopter baru mereka yang diberi nama Mavic yang mampu dilipat untuk senang dibawa kemana mana. Drone ini datang bersama kamera 4K dan dua paksi gimbal, Wi-Fi sejauh 300 meter, kapasiti bateri sebanyak 3830mAh dan paparan LCD yang mampu dimainkan dengan Android. Ianya juga dilaporkan mempunyai berat sebanyak 650 gram…
Kategori: Berita
Xiaomi Dilaporkan Akan Menjual Mi Box Seawal Tahun Hadapan.
Xiaomi akan melancarkan Mi Box mereka di pasaran Amerika Syarikat sebelum hujung tahun ini atau seawal Oktober ini mengikut laporan dari TechCrunch. Pada bulan May yang lalu Xiaomi telah mempamerkan edisi terbaru Mi Box, yang mempunyai definisi 4K yang menggunakan Android TV. Mi Box ini didatangkan bersama prosessor ARM quad-core, 8GB storan dan juga binaan…
IFA 2016 : Jam Pintar Keluaran TomTom Diumumkan Pelancaranya Oktober Ini
Syarikat TomTom telah melebarkan penawaran produk mereka dengan melancarkan peranti untuk peminat aktiviti kecergasan pada acara IFA 2016 minggu lalu. TomTom Runner 3 dan TomTom Spark 3 TomTom telah memperbaharui rekaan Runner dan Spark mereka sebelum ini dengan Route Exploration, yang akan memberikan beberapa pilihan laluan untuk pelari. Dengan ini pelari tidak perlu risau tentang…
IFA 2016: Lenovo Melancarkan Model P2 Dan A Plus
Selain dari pelancaran telefon pintar model K6, K6 Power dan K6 Note, Lenovo juga telah melancarkan model terbaru mereka iaitu A Plus dan P2. Dari segi spesifikasi, Lenovo A Plus direka dengan skrin FWVGA berukuran 4.5 inci (480×854 pixel) dan dikuasakan dengan prosessor MediaTek MT pada 1.3GHz. Ianya datang bersama 1GB RAM dan mempunyai memori…
Google Bakal Ganti Nexus Dengan Pixel
Google nampaknya mahu menghentikan jenama Nexus dalam siri telefon pintar dan menggantikannya dengan nama Pixel. Menurut sumber MDROID, dua buah model telefon pintar; Nexus Sailfish dan Nexus Marlin akan ditukar nama menjadi Google Pixel dan Google Pixel XL. Sumber lain turut menyatakan Google merancang memasarkan model Pixel dan Pixel XL sebagai sebuah telefon pintar keluaran…
901F: TV OLED Pertama Dari Philips
Philip nampaknya mahu memberi saingan terhadap LG dari mendominasi pasaran kelas atas dengan mengeluarkan 901F, TV OLED berprestasi tinggi. 901F dilengkapi dengan sistem lampu belakang yang berwarna-warni dikenali sebagai Ambilight. Pada acara IFA yang berlangsung di Berlin, Philips telah memperkenalkan TV pertama keluaran mereka yang menggunakan teknologi OLED yang menjanjikan kualiti imej setanding dengan keluaran…
