IFA 2016: Lenovo Melancarkan Model P2 Dan A Plus






Selain dari pelancaran telefon pintar model K6, K6 Power dan K6 Note, Lenovo juga telah melancarkan model terbaru mereka iaitu A Plus dan P2.



Dari segi spesifikasi, Lenovo A Plus direka dengan skrin FWVGA berukuran 4.5 inci (480x854 pixel) dan dikuasakan dengan prosessor MediaTek MT pada 1.3GHz. Ianya datang bersama 1GB RAM dan mempunyai memori dalaman sebanyak 8GB yang mampu dinaik taraf menggunakan kad microSD sehingga 32GB. Ia dilengkapi dengan 5 megapixel kamera belakang bersama flash LED dan kamera depan dengan 2 megapixel. Kapasiti bateri pula ialah sebanyak 2000mAh dan mempunyai sokongan dwi-sim. Seperti model siri-A yang lain dari Lenovo, ciri yang diberi perhatian ialah sokongan 4G bersama VoLTE.



Lenovo P2 pula direka dengan kesinambungan Lenovo P1 yang menumpukan kepada kapasiti bateri. Lenovo P2 mengandungi kapasiti bateri besar iaitu 5100mAh. Ianya juga mempunyai sokongan keupayaan mengecas yang laju. Lenovo P2 memiliki skrin HD penuh dengan paparan Amoled 5.5 inci (1080x1920 pixel) dan datang bersama prosessor Snapdragon 625 dan juga RAM 32GB. Ianya juga mempunyai 32GB storan dan boleh diubah menggunakan kad microSD.