IFA 2016 : Jam Pintar Keluaran TomTom Diumumkan Pelancaranya Oktober Ini





Syarikat TomTom telah melebarkan penawaran produk mereka dengan melancarkan peranti untuk peminat aktiviti kecergasan pada acara IFA 2016 minggu lalu.



TomTom Runner 3 dan TomTom Spark 3



TomTom telah memperbaharui rekaan Runner dan Spark mereka sebelum ini dengan Route Exploration, yang akan memberikan beberapa pilihan laluan untuk pelari. Dengan ini pelari tidak perlu risau tentang keselamatan atau isu sesat dengan sokongan GPS.





Laluan atau peta baru boleh diakses dari aplikasi MySports dan boleh dimuat turun ke dalam jam pintar Runner 3 dan Spark 3. Ada juga mampu untuk berkongsi laluan baru bersama rakan rakan anda untuk memberi semangat kepada mereka.



Ianya direka degan tali yang nipis dan kalis peluh, sesuai untuk aktiviti seperti berlari, berenang, berbasikal dan lain lain lagi. Ianya juga dilengkapi dengan pemain musik. TomTom Spark 3 Cardio + Music and Runner 3 Cardio + Musicakan berada di pasaran dan boleh dibeli memalui website rasmi mereka bermula pada Oktober depan.



TomTom Touch



TomTom touch pula menjanjikan ciri ciri seperti kandungan lemak dan otot di dalam badan. Ianya sesuai untuk mereka yang sedang berjinak jinak untuk membeentuk badan mereka atau mengurangkan berat badan. Ianya mempunyai fitness tracker yang mampu memberitahu anda tentang aktiviti mana yang betul betul membakar lemak dan menaikan otot.