Tahukah anda peranti yang anda guna seharian memancarkan cahaya biru yang berbahaya pada waktu malam (siang takpe). Jika waktu malam, cahaya biru itu merangsang dan “memperbodohkan” otak untuk memikirkan hari masih siang. Itulah sebab mengapa anda tidak digalakkan bermain telefon semasa hendak tidur (otak fikir masih siang, anda pun tak jadi tidur). Jangan khuatir kerana…
Kategori: Berita
Teknologi Percetakan 3D Berjaya Hasilkan Jantung Yang Mampu Berfungsi Sama Seperti Organ Sebenar
Cubaan menghasilkan jantung buatan sudah beberapa kali dilakukan, namun hasilnya masih kurang memuaskan. Kebanyakkan rekaan jantung buatan tersebut gagal beroperasi sepertimana yang diharapkan pihak pembangun, dan akhirnya ia agak mustahil untuk digunakan pada badan manusia. Melihat kepada permasalahan itu, sekumpulan penyelidik dari ETH Zürich iaitu sebuah universiti dari Switzerland, telah melaksana satu projek membangunkan jantung buatan…
Cara Semak Aplikasi 32 Bit Yang Tidak Boleh Digunakan Pada iOS 11
Bermula sejak kemaskini 10.3 yang lepas, peranti Apple seperti iPod Touch, iPod, dan iPad sudah mula meninggalkan aplikasi 32 bit. Melihat kepada senarai peranti yang akan mendapat kemaskini iOS 11, jelas sekali bahawa sistem 32 bit tidak akan lagi mendapat sokongan daripada Apple (contoh: iPhone 5 dan iPad generasi ke-4). iPhone 5s yang diperkenalkan pada…
Korea Selatan Giat Membangunkan Sambungan ‘Super-Fast WiFi’
Korea Selatan merupakan antara negara yang mempunyai sambungan WiFi paling laju di dunia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kemudahan WiFi boleh diibaratkan sebagai kemestian lebih lebih lagi di negara maju seperti Korea Selatan. Disebabkan itu, keperluan untuk sambungan WiFi yang pantas perlu diwujudkan bagi kesenangan awam. Memetik berita daripada portal akbar, The Korea Times, sebuah…
Telegram Bukan Sahaja Dihalang Di Indonesia, Tetapi Turut Disekat Di Negara Lain
Jumaat lepas, diberitakan bahawa kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Komunikasi dan Informatika telah menyekat penggunaan aplikasi berkenaan di negara itu. Antara alasan sekatan dibuat adalah kerana ia dijadikan sebagai medium pengantara untuk menyalurkan aktiviti keganasan serta kandungan terlarang lain yang melanggar undang-undang negara jiran tersebut. Tidak hanya di Indonesia, aplikasi ini turut disekat di China pada bulan…
Pra-Tempah Surface Pro 2017 Sudah Mula Di Buka, Harga Bermula Dari RM3,699
Bagi anda yang tercari-cari peranti 2-dalam-1; tablet+laptop, mungkin boleh mempertimbangkan produk keluaran Microsoft ini. Dikhabarkan Surface Pro 2017 yang dilancarkan pada Mei lalu telah boleh mula di beli secara pra-tempah bagi pasaran Malaysia. Menerusi kedai atas talian Microsoft di Lazada, Surface Pro dijual pada harga bermula RM 3,699 untuk tablet sahaja. Terdapat juga aksesori tambahan…
