Antara alasan sekatan dibuat adalah kerana ia dijadikan sebagai medium pengantara untuk menyalurkan aktiviti keganasan serta kandungan terlarang lain yang melanggar undang-undang negara jiran tersebut.
Tidak hanya di Indonesia, aplikasi ini turut disekat di China pada bulan Julai 2015 yang lepas. Sekatan itu dibuat pada server Telegram yang terletak di bandar
- Beijing
- Shenzen
- Heilongjiang
- Yunnan
Mengapa China mengambil langkah itu?
Ini adalah kerana persatuan hak asasi manusia menggunakan Telegram untuk mengkritik kerajaan China.
Telegram juga dilihat sebagai ancaman kepada beberapa buah negara lain seperti di Iran yang mana negara itu menyekat fungsi panggilan suara.
Tidak dapat dipastikan sama ada sekatan itu berunsur politik ataupun langkah untuk melindungi syarikat komunikasi di sana, kerana jumlah pengguna Telegram untuk di Iran sudah mencecah 40 juta orang.
Pengasas Telegram adalah adik-beradik Pavel Durov dan Nikolai Durov yang berasal dari Rusia. Walaupunbegitu, bulan lalu kerajaan Rusia telah memberi amaran untuk menyekat Telegram sekiranya mereka gagal mendedahkan maklumat tentang syarikat yang membangunkan aplikasi berkenaan.
Pavel Durov turut mengesahkan bahawa trafik Telegram di Arab Saudi sangat terhad dan beliau tidak dapat memastikan apa sebabnya.
Berkaitan
- Facebook Diserang Pepijat, Tarik Balik Sekatan Keatas Akaun Yang Disekat
- Akses Ke Gudang Steam Disekat Mungkin Disebabkan Permainan Kontroversi Fight of God
- Teknologi 5G - Huawei Masih Untung Walaupun Disekat AS
- Anda Patut Buang WhatsApp Dari Telefon - Pengasas Telegram
- Satu Lagi Pembangun Aplikasi Dari China Disekat Google, Langgar Polisi Pengiklanan
- Setelah 7 Tahun Diperkenalkan, Telegram Akhirnya Ada Panggilan Video
- Sekat Pornografi Atau Anda Disekat, Amaran Indonesia Kepada Google Dan Twitter
- Grup Chat Telegram Kini Boleh Menampung Sehingga 30,000 Orang Pengguna
- Telegram Kini Hadir Dengan Pelbagai Ciri Baru
- Aplikasi Telegram Kini Menyokong Lebih Dari Satu Akaun Nombor Telefon