Dua syarikat gergasi dalam industri pembangunan peranti permainan video, Microsoft dan Nintendo hari ini telah memulakan kerjasama antara mereka dengan membenarkan fungsi cross-play pada peranti keluaran mereka iaitu PC dan Xbox One dengan Nintendo Switch. Permainan Minecraft menjadi permainan video pertama yang menyokong fungsi berkenaan apabila kemaskini terbaru permainan tersebut pada peranti Switch telah membawa masuk Bedrock…
Kategori: Berita
Asus ROG Phone Bakal Hadir Ke Pasaran Amerika Syarikat, Tarikh Pelancaran Kekal Rahsia
Kira-kira 3 minggu yang lalu, Asus telah memperkenalkan peranti memfokuskan permainan video pertama mereka yang dinamakan Asus ROG Phone. Ia telah diiktiraf oleh penggiat industri sebagai peranti yang mempunyai kemampuan dalaman terbaik buat masa ini. Terbaru, peranti ini disahkan akan memasuki pasaran Amerika Syarikat apabila ia telah pun dibawa masuk ke dalam laman sesawang rasmi…
Cip Pemprosesan Pertama Di Bawah Siri Kirin 1000 Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh Huawei
Baru-baru ini, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan cip pemprosesan Kirin 710 bagi menyaingi cip Snapdragon 710 di samping sebuah lagi cip iaitu Kirin 980. Manakala dalam laporan terkini daripada laman sesawang China, Anzhuo, mereka turut dikatakan sedang dalam proses menghasilkan sebuah lagi cip pemprosesan iaitu HiSilicon Kirin 1020. Cip pemprosesan yang merupakan cip pertama…
Spesifikasi Xiaomi Mi Max 3 Tertiris Di TENAA
Xiaomi Mi Max, pilihan peranti dari Xiaomi yang menawarkan telefon pintar bersaiz phablet akan memasuki siri ke-3 mereka iaitu Mi Max 3. Spesifikasi termasuk dimensi peranti tersebut kini sudah boleh didapati di laman TENAA. Xiaomi Mi Max 3 dikatakan akan menggunakan skrin 6.9-inci dengan paparan LCD TFT bersama resolusi 2160 x 1080 dan juga nisbah…
Cas Perkhidmatan Internet Di Malaysia Dijangka Menurun Sehingga 25% Pada Penghujung Tahun Ini
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengulangi pendirian kerajaan untuk menurunkan harga perkhidmatan jalur lebar di negara ini. Menurut laporan The Star, kementerian berkenaan kini sedang giat berusaha untuk menunaikan janji tersebut seawal hujung tahun ini. Dalam kenyataan menterinya semalam, YB Gobind menegaskan bahawa mereka menjangkakan harga bagi perkhidmatan akses internet jalur lebar…
Facebook Group Mungkin Akan Mengenakan Cas Bulanan Kepada Ahlinya Tidak Lama Lagi
Admin group atau pengendali kumpulan di laman Facebook mungkin akan dibenarkan untuk mengenakan cas bulanan kepada ahli-ahli mereka pada masa akan datang. Ini kerana Facebook telah memperkenalkan fungsi langganan kumpulan melalui satu kiriman di laman beritanya semalam. Cadangan harga langganan yang dibenarkan setakat ini dilaporkan adalah sekitar $4.99 hingga $29.99 (~RM 20 hingga RM 120) sebulan. Bagaimanapun, cas…
