Oppo F9 telah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada pertengahan Ogos yang lalu. Ia hadir dengan rekaan skrin waterdrop serta tona warna cerun yang menginspirasikan lopak bunga yang sangat menawan. Ketika diperkenalkan, Oppo F9 mempunyai tiga pilihan warna yang berbeza iaitu Sunrise Red, Twilight Blue serta Starry Purple. Malah, Oppo kini dilihat telah menyenaraikan satu…
Kategori: Berita
ZenBook Pro 15 Kini Di Malaysia Dilengkapi Dengan Skrin Pada Pad Sesentuh, Harga Bermula Dari RM 5,999 Hingga RM 10,999
Asus Malaysia baru sahaja selesai memperkenalkan ZenBook Pro 15 untuk siri ZenBook Pro tahun ini yang menampilkan rekaan badan unibody dengan bahan aluminium dan ketebalan senipis 18.9mm. ZenBook Pro 15 kali ini mengetengahkan 2 skrin paparan di mana skrin kedua bertindak juga sebagai touchpad yang dipanggil ScreenPad™. Komputer riba ini dikuasakan dengan cip Intel®Core™ dalam pilihan i9-8950HK (2.9GHz)…
“Turunkan Harga Perkhidmatan Internet Sebelum 31 Ogos, Atau Bakal Dikenakan Tindakan” – Menteri Komunikasi & Multimedia
Penyedia perkhidmatan internet atau telco di negara ini diingatkan supaya menurunkan harga langganan bagi perkhidmatan mereka sebelum 31 Ogos ini. Peringatan itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo dalam kenyataan akhbarnya semalam, lapor The Star Online. Kementerian beliau sebelum ini telah menetapkan 31 Julai sebagai tarikh akhir untuk semakan semula harga…
YouTube Bolehkan Pengguna Menyemak Tempoh Penggunaan Aplikasi Mudah Alihnya
Android 9 Pie hadir dengan fungsi “digital wellbeing” di mana pengguna boleh menyemak tempoh penggunaan harian pada aplikasi-aplikasi yang dipasang pada peranti-peranti mereka. Terbaru, Google telah membawa fungsi ini secara terus kepada aplikasi mudah alih dibawah syarikat mereka iaitu YouTube bagi Android dan iOS. Ia sekaligus membolehkan pengguna peranti iOS dan peranti yang tidak menyokong…
Nak Menang Barangan Dari ROG? 3 Pemenang Bertuah Akan Dipilih
Asus menerusi perkongsian dilaman Facebook telah mengadakan satu undian untuk memilih rekaan jaket eksklusif jenama tersebut. Sekiranya rekaan yang anda undi itu terpilih, anda berpeluang untuk memenangi barangan dari ROG. Tiga pemenang akan dipilih secara rawak berdasarkan undian yang dilakukan. Untuk mengundi anda boleh pergi ke pautan ini dan… Taip undi (A ataun B) rekaan…
Google Camera Port Kini Menyokong Mi 8, Mi Mix 2S Dan Poco F1
Sebelum ini telefon pintar Android bukanlah peranti yang terkenal dengan prestasi kamera yang baik. Namun sejak kehadiran Google Pixel dan Pixel 2, ramai mendambakan rakaman foto sebaik model tersebut. Ini adalah kerana aplikasi yang digunakan iaitu Google Camera mampu memberikan hasil berkualiti teknologi Google Potrait Mode dan HDR+. Oleh sebab itu, beberapa pihak telah cuba…
