Ia bagi membolehkan pemasangan teknologi rangkaian 5G Huawei di negara-negara tersebut. Huawei, syarikat penyedia perkakasan komunikasi terbesar dunia dari China kini sanggup untuk menandatangani ‘perjanjian tiada intipan’ bersama beberapa negara seperti United Kingdom demi mendapatkan kepercayaan daripada kerajaan negara tersebut. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pengerusi Huawei pada persidangan perniagaan yang berlangsung di London baru-baru ini….
Kategori: Berita
DJI Perkenalkan Produk Terbaru Kamera Aksi Osmo Action
Osmo bakal menyaingi kamera aksi GoPro. Syarikat pengeluar dron terkemuka dari China, DJI hari ini telah perkenalkan produk terbaru mereka iaitu kamera aksi Osmo Action. DJI mengungkapkan produk terbaru mereka ini sebagai sebuah kamera aksi tahan lasak, canggih dan bakal membuka lembaran baru dunia kreativiti kepada para pengguna profesional mahupun peminat aktiviti sukan lasak. Osmo adalah…
Adobe Melepaskan Kemas Kini Kritikal Terhadap Pemain Flash, Acrobat dan Reader
Jika anda masih menggunakan Adobe Flash pada komputer anda, segeralah kemas kini aplikasi tersebut. Pada awal pagi tadi, Adobe telah pun memuat naik fail kemaskini terbaru bagi aplikasi Flash, Acrobat dan Reader. Terdapat beberapa bahagian penting telah dibaiki daripada serangan tersebut. Menurut Adobe, kelemahan ciri keselamatan pada 3 aplikasi ini boleh diekploitasi oleh penggodam seterusnya membawa…
ASUS ROG Phone Dapat Potongan Harga Sebanyak RM1000 Untuk Tempoh Masa Terhad
Telefon pintar memfokuskan kepada permainan mudah alih, ASUS ROG Phone sudah ditawarkan di Malaysia secara rasmi sejak Oktober tahun lalu lagi. Diawal penjualan peranti ini untuk pasaran tempatan, ia diletakkan pada nilai RM3499 untuk versi storan 128GB manakala storan 256GB pula berharga RM3999. Kini, ASUS Malaysia menerusi jualan di Asus Flagship Store (LazMall) akan mengadakan…
Google Perkenalkan Ciri-Ciri Terbaru Pada Aplikasi Google Photo
Satu lagi pengumuman dari persidangan Google I/O tempoh hari, syarikat teknologi itu turut memperkenalkan ciri baru pada aplikasi gambar mereka, Google Photo. Pengguna dapat merasai ciri-ciri yang menggunakan mesin pembelajaran dan AI, salah satunya dengan mengimbas gambar anda dan menganalisis berdasarkan apa yang terdapat didalam gambar tersebut. Jika gambar anda terlalu gelap atau gambar…
iPay88 Bakal Bawa Masuk Google Pay Ke Malaysia
Pemenang anugerah penyedia pembayaran dalam talian serantau di Asia, iPay88 telah mengumumkan yang mereka menjadi salah satu dari 60 lebih rakan kongsi untuk menyokong Google Pay dan merancang untuk memperkenalkan sistem bayaran itu kepada berbagai platfom di Malaysia seperti Shopee, Lazada, 11street dan lain-lain. Di laman Facebook iPay88 mengatakan Google Pay akan dapat digunakan pengguna…
