Menjadi buah mulut untuk beberapa minggu kebelakangan ini, HONOR 9x dan HONOR 9X Pro kini rasmi dilancarkan. Menariknya tentang keluaran kali ini adalah ia merupakan peranti pertama dari HONOR yang menggunakan kamera terangkat pada bahagian hadapan, memberikan paparan lebih luas pada panel skrin. Sekali imbas, kedua-duanya seakan-akan memiliki rekaan sama tetapi versi Pro diberikan spesifikasi…
Kategori: Berita
Perisian Hasad BillGates Mengubah Fungsi Enjin Carian Kepada ‘Zombi’ Perlombongan Kriptowang
Sekaligus menggunakannya untuk serangan DDoS. Pihak penyelidik keselamatan dari Trend Micro telah mendapati bahawa enjin carian Elasticsearch telah menjadi sasaran penggodam dengan mengubahnya kepada botnet perlombongan kriptowang, seterusnya menjadikannya sebagai pusat untuk melakukan serangan penafian perkhidmatan teredar (DDoS). Ia didapati berlaku kepada pelayan yang masih menggunakan versi terdahulu perisian Elasticsearch. “An attacker looks for unsecure or misconfigured servers…
Penggodam Mendapati Pihak Risikan Russia Cuba Menjejaki Aktiviti Pengguna Pelayar Tor
Mereka juga mendapati perisikan Russia sedang menjalankan projek rahsia lain. Penggodam dari kumpulan yang dikenali sebagai 0v1ru$ telah berjaya mengakses data dari perisikan Russia pada 13 Julai lalu yang membolehkan mereka mencuri data bersaiz 7.5TB. Data tersebut yang dimiliki oleh syarikat SyTech adalah salah sebuah firma risikan yang bekerja untuk Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB)….
Rekaan Black Shark 2 Pro Mungkin Hampir Sama Seperti Model Sebelumnya
Jenama yang memfokuskan kepada permainan mudah alih, Black Shark dikhabarkan bakal hadir dengan model terbaru tidak lama lagi. Sebelum ini, ia dilaporkan bakal membuat kemunculan rasmi pada 30 Julai dengan pasaran terawalnya adalah China. Kini, satu lagi perkembangan berkenaan peranti muncul dimana pengeluar berkongsikan imej acah memperlihatkan rekaan panel belakang Black Shark 2 Pro. Berdasarkan…
Apple Dalam Perbincangan Membeli Perniagaan Modem Intel
Apple ketika ini dilaporkan sedang berada dalam fasa perbincangan untuk mengambil alih perniagaan cip modem telefon pintar Intel dengan nilai $1 bilion. Intel terlebih dahulu pada April lalu menyatakan mereka ingin keluar dari perniagaan modem 5G mudah alih selepas Apple dan Qualcomm menemui jalan penyelesaian selepas kemelut yang melanda antara kedua syarikat teknologi tersebut. Hasil…
Apple Pendahulu Dalam Carta Fortune Global 500 Bagi Syarikat Teknologi
Sudah menjadi kelaziman majalah Fortune mengeluarkan senarai 500 syarikat dari seluruh dunia untuk setiap tahun. Menariknya tentang carta Fortune Global 500 terbaru ini adalah buat julung kalinya jumlah syarikat dari Asia (129) melebihi jumlah syarikat daripada Amerika Syarikat (121). Berada dikedudukan nombor 11 bagi carta keseluruhan, Apple masih lagi mendahului sektor teknologi berbanding syarikat lain…
