Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggodam Mendapati Pihak Risikan Russia Cuba Menjejaki Aktiviti Pengguna Pelayar Tor

Penggodam Mendapati Pihak Risikan Russia Cuba Menjejaki Aktiviti Pengguna Pelayar Tor

Diterbitkan Julai 24, 2019 · Dikemas kini Julai 24, 2019 oleh ariff bukhari

Mereka juga mendapati perisikan Russia sedang menjalankan projek rahsia lain.

Penggodam dari kumpulan yang dikenali sebagai 0v1ru$ telah berjaya mengakses data dari perisikan Russia pada 13 Julai lalu yang membolehkan mereka mencuri data bersaiz 7.5TB.

Data tersebut yang dimiliki oleh syarikat SyTech adalah salah sebuah firma risikan yang bekerja untuk Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB).

Daripada data yang dicuri itu penggodam mendapati, pihak risikan Russia telah menyasarkan pengguna-pengguna pelayar Tor untuk menyiasat aktiviti mereka.

Walaubagaimanapun setakat ini tidak jelas sejauh mana pihak Russia telah berjaya dalam risikan mereka terhadap pengguna pelayar Tor.

Selain penemuan itu, penggodam juga mendedahkan bahawa pihak risikan Russia turut sedang menjalankan projek rahsia lain.

Ia termasuklah projek Nautilus iaitu projek bagi mengumpul data pengguna media sosial, Reward projek khusus bagi mencari kecacatan pada servis BitTorrent dan projek Mentor bagi mencari pelayan e-mel yang digunakan oleh syarikat-syarikat utama.

Susulan penemuan itu, kumpulan penggodam 0v1ru$ telah menyebarkan kandungan data-data yang berjaya dicuri mereka itu kepada pihak penggodam lain dan juga pada pihak media.

Pelayar Tor merupakan aplikasi pelayar yang sangat popular digunakan oleh pengguna di Russia bagi menyembunyikan aktiviti mereka di internet.

Setakat 11 Julai lalu dilaporkan secara purata seramai 600 ribu pengguna di dalam negara Russia telah menggunakan pelayar Tor untuk melayari internet.

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY