Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR 9X Dan HONOR 9X Pro Rasmi Diperkenalkan Dengan Cip Kirin 810 Dan Bateri 4000mAh

Posted on Julai 24, 2019Julai 24, 2019

Menjadi buah mulut untuk beberapa minggu kebelakangan ini, HONOR 9x dan HONOR 9X Pro kini rasmi dilancarkan. Menariknya tentang keluaran kali ini adalah ia merupakan peranti pertama dari HONOR yang menggunakan kamera terangkat pada bahagian hadapan, memberikan paparan lebih luas pada panel skrin.

Sekali imbas, kedua-duanya seakan-akan memiliki rekaan sama tetapi versi Pro diberikan spesifikasi yang lebih baik seperti pada bahagian kamera serta memori.

HONOR 9X

Charm Red
Charm Sea Blue
Magic Night Black

Bermula dengan HONOR 9X, ia diperkenalkan dengan skrin paparan LCD IPS 6.59 inci (1080 x 2340) dan diatasnya pula diletakkan dengan kamera terangkat 16MP. Bahagian menampilkan tetapan dwi kamera 48MP (f/1.8) + 2MP (depth).

Versi ini disediakan dengan memori RAM 4GB/64GB storan dan juga terdapat pilihan RAM 6GB/64GB  storan atau RAM 6GB/128GB storan.

HONOR 9X Pro

Charm Black
Phantom Purple

Model ini turut muncul bersama skrin penuh dengan ukuran yang sama seperti HONOR 9X. Perbezaan yang diberikan pada model ini adalah kehadiran tiga kamera belakang terdiri daripada lensa 48MP (f/1.8)+8MP (ultra lebar)+2MP (depth).

Selain itu, ia turut dilengkapkan bersama RAM 8GB dengan pilihan memori simpanan antara 128GB dan 256GB (UFS 2.1).

HONOR 9X dan HONOR 9X Pro berkongsi kapasiti bateri yang sama iaitu 4000 mAh (USB-C), cip pemprosesan Kirin 810, keupayaan menambah storan melalui kad MikroSD sehingga 512GB, bicu audio 3.5mm serta pengimbas cap jari dibahagian sisi kanan peranti.

Ia hanya akan mula dipasarkan di China pada 30 Julai 2019  pada harga berikut (harga adalah mengikut tukaran wang asing semasa):

HONOR 9X

  • RAM 4GB/64GB – 1400 yuan (~RM838)
  • RAM 6GB/64GB – 1600 yuan (~RM958)
  • RAM 6GB/128GB -1900 yuan(~RM1137)

HONOR 9X Pro

  • RAM 8GB/128GB – 2200 yuan (~RM1317)
  • RAM 8GB/256GB – 2400 yuan (~RM1437)

Adakah peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia? Sama-sama kita nantikan pengumuman dari HONOR Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress