Berita, makluman, kempen dan bermacam lagi info ‘scam‘ telah dihebahkan. Tapi, mengapa masih ada yang menjadi mangsa? Penulisan ini dihasilkan berikutan penulis melihat sejak kebelakangan ini, media perdana kembali hangat melaporkan isu mangsa penipuan “Macau Scam“. Sebagai contoh mangsa terbaru adalah seorang pesara guru wanita yang telah kehilangan wang simpanan peribadinya sebanyak RM179,890 pada Julai…
Kategori: Berita
Google Chrome 76 Kini Menyokong Tema Gelap Dan Membuang Butang Pengaktifan Flash
Juga penambahbaikan terhadap ciri keselamatan dan privasi kepada pengguna. Google telah mengemas kini aplikasi pelayar Chrome kepada versi 76. Dalam versi 76 ini, Google Chrome kini turut menyokong tema gelap untuk pengguna komputer. Tema gelap Chrome akan diaktifkan secara automatik mengikut tema yang digunakan oleh antaramuka sistem operasi komputer. Sebagai contoh bagi macOS Mojave, sekiranya…
Setakat Ini, Samsung Masih Kekal Sebagai Pengeluar Utama Telefon Pintar Di Dunia
Huawei dan Apple masing-masing di tangga ke-2 dan ke-3. Berdasarkan kepada data dari kaji selidik yang dikongsikan oleh penyelidik dari Strategy Analytics dan Counterpoint berkenaan dengan kedudukan syarikat pengeluar telefon pintar, mereka mendapati Samsung masih kekal sebagai pengeluar telefon pintar di dunia. Setakat suku ke-2 tahun 2019 sahaja, Samsung telah berjaya menjual lebih daripada 76 juta unit telefon…
YouTube Untuk Nintendo 3DS Akan Ditamatkan Bermula 3 September Ini
Selain bermain permainan, konsol Nintendo 3DS turut menyediakan sokongan aplikasi lain seperti YouTube. Ia membolehkan pengguna menonton kandungan video pada konsol terbabit. Namun begitu, kemudahan tersebut bakal berakhir tidak lama lagi. Ini adalah berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Nintendo dimana bermula pada 3 September ini, aplikasi YouTube pada 3DS akan ditamatkan secara rasmi. Dalam pada…
MediaTek Umum Cip Helio G90/90T, Fokus Kepada Permainan Mudah Alih
Syarikat pembuat cip Taiwan, MediaTek telah mengumumkan dua cip terbaru, Helio G90 dan G90T, cip lapan teras dengan kelajuan memproses sehingga 2.05GHz. Ia merupakan kombinasi dua teras Cortex-A76 dan enam teras Cortex-A55. Helio G90 dan G90T diberikan sokongan RAM sehingga 10GB LPDDR4X serta GPU Mali G76 bersama kepantasan mencecah 800MHz. Kedua-duanya merupakan cip pertama dari…
Sony Beri Amaran Harga PlayStation Mungkin Naik Jika Perang Perdagangan Berterusan
Umum sudah mengetahui tentang perang perdagangan yang melibatkan dua kuasa besar, Amerika Syarikat serta China. Rentetan daripada peningkatan tarif yang dikenakan keatas China, beberapa syarikat syarikat teknologi seperti Google dan Nintendo merancang untuk mengalihkan pengeluaran mereka dari China ke negara lain. Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan peningkatan tarif import 10% kepada 25% pada beberapa…
