Satu lagi iterasi dari Xiaomi tahun ini, iaitu Redmi Note 8 Pro. Membawakan beberapa penambahbaikkan terhadap model sebelumnya dengan membawakan kamera 64MP, pertama di Malaysia. Ia juga menjadi perbualan hangat apabila Xiaomi mengambil keputusan untuk memuatkan cip pemprosesan Mediatek G90T, yang dikatakan memfokuskan kepada permainan.
Kategori: Berita
Apple AirPods Pro Mungkin Akan Dilancarkan Penghujung Oktober Ini
Dijangka akan dijual pada harga USD260 (RM1,090.00). Seperti yang diketahui umum, bukan lagi rahsia bahawa Apple sedang membangunkan sebuah lagi fon telinga pintar AirPods terbaru yang menyokong ciri pembatalan hingar. Sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa AirPods tersebut hanya akan hadir pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan terbaru dari laman China Economic Daily, peranti fon telinga…
Sebahagian Pengguna Windows 10 v1809 Dinasihatkan Supaya Tidak Mengemas Kini Windows Mereka
Khususnya pengguna Windows 10 yang memasang ciri keselamatan Microsoft Defender Advanced Threat Protection (ATP). Microsoft telah melepaskan kemas kini terbaru KB4520062 (OS Build 17763.832) kepada pengguna Windows 10. Dalam kemas kini ini antara kandungan utamanya adalah bagi memperbetulkan paparan pada butang Menu Start kepada pengguna yang menaik taraf Windows 10 mereka kepada versi 1809 dari versi…
Huawei Watch GT 2, Jam Pintar Dibawah Harga RM800!
Huawei mula memperkenalkan barisan jam pintar baru mereka dalam pelancaran Huawei Mate 30 sebelum ini. Dengan beberapa penambahbaikkan terhadap model sebelumnya, ia dilihat satu lagi jam pintar yang berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan, iaitu Watch GT 2. Dikeluarkan dengan 3 pilihan warna : Mate Black, Orange dan Brown.
Pengguna Iphone Kini Boleh Menikmati Penyimpanan Gambar Tanpa Had Dengan Kualiti Asal Di Google Photos
Google Pixel sememangnya terkenal dengan keupayaan kameranya yang boleh dikatakan seakan mini DSLR bagi telefon pintar. Antara keistimewaan lain pada peranti keluaran Google ini ialah para penggunanya boleh menyimpan gambar di dalam aplikasi Google Photos dengan kualiti asal tanpa limit. Namun begitu, Google telah mengumumkan bahawa peranti terbarunya iaitu Google Pixel 4 tidak mempunyai penyimpanan…
Berbeza Dengan Ciri “Face Unlock” iPhone, Pixel 4 Mengesahkan Imbasan Wajah Walaupun Penggunanya Menutup Mata
Pakar keselamatan peranti pintar khuatir dengan isu ini. Telefon pintar terbaru dari Google, Pixel 4 yang telah pun diperkenalkan secara rasmi telah berdepan dengan isu ciri keselamatan. Ia berkaitan dengan ciri imbasan wajah “Face Unlock” bagi mengakses peranti tersebut yang didapati boleh menyebabkan sesiapa sahaja mengakses peranti tersebut tanpa disedari pemiliknya. Isu ini berlaku kerana ciri…
