Apple AirPods Pro Mungkin Akan Dilancarkan Penghujung Oktober Ini

Dijangka akan dijual pada harga USD260 (RM1,090.00).


Seperti yang diketahui umum, bukan lagi rahsia bahawa Apple sedang membangunkan sebuah lagi fon telinga pintar AirPods terbaru yang menyokong ciri pembatalan hingar.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa AirPods tersebut hanya akan hadir pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan terbaru dari laman China Economic Daily, peranti fon telinga Apple yang dikenali sebagai AirPods Pro itu akan dilancarkan pada penghujung bulan Oktober tahun ini juga.

Menurut laman tersebut, AirPods Pro akan hadir dengan reka bentuk baru serta menyokong ciri pembatalan hingar. Sebelum ini telah terdedah imej awal AirPods menerusi ikon yang terdapat di dalam iOS 13.2 beta.

 

Kapsyen: Kredit: 9to5Mac


Imej rekaan AirPods Pro itu juga turut hampir menyerupai prototaip AirPods yang didedahkanoleh laman SlashLeaks bulan lalu.

Kapsyen: Kredit: 9to5Mac


Walaubagaimanapun,  pelancaran AirPods Pro ini setakat ini masih menjadi tanda tanya sama ada benarkah ia akan dilancarkan bulan ini, atau lewat tahun ini ataupun seawal tahun hadapan.

Tetapi apa yang pasti harganya tidak akan murah kerana dijangkakan AirPods Pro akan berharga USD260 (RM1090.00).

Sumber: The Verge