Pada minggu ini kita dapat lihat yang mana banyak syarikat berpusu-pusu melancarkan peranti terbaru. Antaranya Redmi dengan Redmi Note 9 Pro dan Nubia dengan Nubia Red Magic 5G. Selain itu, Google Pixel 4a pula dilihat telah tertiris hampir sepenuhnya di media sosial.
Kategori: Berita
Nubia Red Magic 5G Diumumkan – Peranti Gaming Pertama Dengan Paparan 144Hz, Ada Kipas Angin Terbina
Nubia Red Magic 5G merupakan penambahan baharu untuk portfolio peranti gaming untuk tahun 2020 dan spesifikasinya kelihatan menarik serta lain dari yang lain. Ini merupakan peranti pertama untuk jenama Nubia yang memuatkan rangkaian 5G dan juga buat pertama kalinya dalam sejarah telefon pintar, paparannya menggunakan panel 144Hz. Red Magic 5G dimuatkan dengan paparan bersaiz 6.65…
MacBook Pro Dan MacBook Air Dengan ‘Magic Keyboard’ Dilapor Akan Dilancar Suku Kedua 2020
Apple dilapor telah merancang untuk memperkenalkan kembali Magic Keyboard dengan rekaan gunting atau scissor switch pada MacBook Pro dan MacBook Air terbaru pada suku kedua 2020. Perkara ini telah didedahkan oleh penganalisis Ming-Chi Kuo. Tidak dinyatakan saiz yang bakal hadir pada MacBook Pro, namun ia mungkin merujuk kepada model 14 inci yang telah didedahkan sebelum ini…
Amaran: Jangan Muat Turun Peta Covid-19 Yang Berbahaya Ini
Masa kini penggodam bersembunyi di sebalik obsesi pencarian maklumat Covid-19 untuk menyebarkan perisian hasad. Namun kini yang terbaharu, penggodam mencari cara baharu dalam meningkatkan keberkesanan penyebaran perisian hasad dengan menggunakan peta statistik Covid-19. Peta tersebut digunakan sebagai medium untuk menanam perisian hasad ke dalam komputer milik mangsa. Apa yang boleh terjadi adalah, dengan memuat turun…
Siri Redmi Note 9 Dilancarkan – Kesemua Gunakan Cip Snapdragon 720G Dan Bateri 5020mAh
Seperti yang diketahui acara Redmi Note 9 terpaksa dibatalkan berikutan wabak Covid-19 yang belum reda. Namun mereka tetap melancarkan produk terkini mereka secara dalam talian. Hari ini di India, pihak Redmi mula memperkenalkan 2 jenis model di bawah siri Xiaomi Redmi Note 9 iaitu Note 9 Pro, dan Note 9 Pro Max. Tiada lagi model…
Oppo Find X2 Pro Memecah Rekod AnTuTu
Find X2 Pro kini menjadi telefon pintar Android terpantas ketika ini. Bagi anda yang mungkin masih tercari-cari model terbaru telefon pintar berprestasi tinggi pada tahun ini, Oppo Find X2 Pro patut berada di dalam senarai anda. Ini kerana Find X2Pro dilaporkan telah memecah rekod penanda aras prestasi AnTuTu baru-baru ini. Prestasi yang direkodkan AnTuTu bagi…
