Xiaomi secara tidak sengaja telah melepaskan kemas kini firmware kepada pengguna global Mi A3. Syarikat itu kemudiannya telah meminta pengguna untuk tidak memasang kemaskini V11.0.3.0.QFQMXTC bersaiz 1.40GB. Menurut laporan beberapa pengguna, kemas kini tersebut telah membawa beberapa masalah termasuk dwi-SIM yang gagal berfungsi (hanya satu SIM sahaja yang berfungsi). Pada asalnya, Xiaomi mensasarkan kemaskini firmware…
Kategori: Berita
Petunjuk Awal Mengenai Kapasiti Bateri iPhone 12
Kapasiti bateri dan iPhone cukup sinonim menjadi buah mulut peminat-peminat telefon pintar. Ini kerana ia hadir dengan kapasiti lebih rendah berbanding peranti-peranti Android yang berada dipasaran. Melalui pengenalan siri iPhone 11, Apple telah memuatkan kapasiti bateri lebih besar berbanding model-model sebelumnya. Sudah pasti pengguna mahu pengeluar tersebut meneruskan penawaran sedemikian untuk keluaran akan datang. Namun…
iQOO Umum Pengecasan Pantas 120W Secara Rasmi – Boleh Penuhkan 4000mAh Dalam Masa 15 Minit
Sudah bosan dengan pemasaran cip oleh pengeluar? Jangan risau kita kini ada strategi pemasaran baharu oleh mereka. Terbaru, iQOO iaitu sebuah sub-jenama oleh vivo yang popular di China dan India telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas berkuasa 120W untuk kegunaan komersil. Jika sebelum ini anda sering melihat ura-ura, prototaip atau peranti konsep dengan pengecasan pantas 100W…
Laporan: Kanak-Kanak Di Malaysia Kurang Bermain Permainan Komputer Sepanjang 3 Bulan Awal PKP
Kita sudah menghampiri tempoh 4 bulan selepas PKP dilaksanakan 18 Mac yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut, gaya hidup dalam talian kita seperti akses internet, permainan komputer dan lain-lain turut sama berubah. Kita mungkin menyangka kanak-kanak akan lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer, namun berdasarkan data yang dikongsikan oleh Kaspersky hari ini, perkara sebaliknya…
Light Phone – Telefon Bersaiz Kad Kredit, Relevan Atau Tidak?
Pada masa kini, secara tidak langsung hampir semua orang di dunia ini lebih terikat pada telefon pintar masing-masing. Bagi kebanyakan kita, ini perkara yang menjadi rutin harian iaitu layari Instagram, Twitter atau Facebook untuk beberapa jam, kemudian berhenti. Apabila mendapat notifikasi dari salah satu aplikasi sosial tersebut, kita akan ulangi perbuatan yang sama lagi. Gelung…
Lima Projek Tak Masuk Akal Yang Mendapat Tajaan Orang Ramai
Crowdfunding merupakan satu platform di mana individu atau sekumpulan orang meminta bantuan kewangan dari individu lain demi mencapai matlamat mereka. Teknik ini telah banyak digunakan untuk mewujudkan peluang bagi berjuta-juta orang, untuk membiayai teknologi canggih serta menyokong usaha seni sendiri. Malangnya, tidak semua idea yang dipersembahkan boleh direalisasikan. Ini kerana ada idea yang tidak logik dan…
