Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Super Stream – Tayangan Percuma Di YouTube Selama Sebulan Sempena Bulan Merdeka

YouTube Super Stream – Tayangan Percuma Di YouTube Selama Sebulan Sempena Bulan Merdeka

Diterbitkan Ogos 14, 2020 · Dikemas kini Ogos 17, 2020 oleh Nadiah Ab

YouTube Malaysia baru sahaja mengumumkan acara YouTube Super Stream yang bakal dianjurkan selama sebulan sempena bulan Merdeka. Acara ini akan menampilkan pelbagai kandungan premium dari pelbagai genre yang boleh dinikmati secara percuma.

Acara istimewa ini datang tepat pada masanya untuk bulan Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi. Bagi menjayakan acara tersebut, YouTube bekerjasama dengan beberapa penyiar dan penyedia kandungan termasuk Astro, MUSE Malaysia, Media Prima, dan WebTVAsia.

Menariknya, akan ada sesi striman secara langsung di saluran YouTube penyiar kandungan yang terlibat. Sebagai contoh, melalui saluran YouTube TV9 Malaysia, Media Prima akan menayangkan koleksi penuh siri komedi lagenda, “Senario” sepanjang tempoh acara itu.

Peminat drama dan rancangan gaya hidup juga bakal disajikan dengan sesi striman langsung saluran “Drama Sangat” dan “Astro Gempak”.

Jika anda adalah seorang peminat anime, MUSE Malaysia bakal menampilkan episod baru siri One Punch Man serta That Time I Got Reincarnated As A Slime, lengkap dengan sari kata Bahasa Melayu.

Lebih 50 filem tempatan juga nanti turut ditampilkan di YouTube WebTV Asia, termasuk Gol & Gincu 1 & 2, Nasi Lemak 2.0, dan Bunohan.

Youtube super stream
YouTube Super Stream – Tayangan Percuma Di YouTube Selama Sebulan Sempena Bulan Merdeka

Acara YouTube Super Stream akan bermula dari 14 Ogos sehingga Hari Malaysia sendiri iaitu 16 September.

Untuk mengetahui jadual penyiaran, layari laman web YouTube Super Stream. Anda juga boleh layari saluran YouTube Google Malaysia serta saluran YouTube penyiar kandungan yang terlibat untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber: The Star & Super Stream

Baca seterusnya: Skechers Friendship Walk 2020 Diadakan Secara Maya Hingga 6 September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY