Masih belum jelas jika aplikasi ini hanya akan disekat di Amerika Syarikat (AS) atau secara global. Tencent menyatakan sekatan ini mungkin hanya akan berlaku di AS dimana iPhone bakal mengalami pengurangan penghantaran pada kesan minima.
Bagaimanapun, jika aplikasi WeChat turut disekat pada App Store secara global atau secara khususnya di China, pengguna negara tersebut mungkin bakal beralih dari iPhone.
Dalam kajian yang dilakukan pada halaman Weibo, 95% daripada 1.2 juta orang telah memberikan respon di mana mereka menyatakan bakal beralih ke peranti Android jika perkara itu berlaku. Ini kerana, WeChat merupakan aplikasi yang banyak digunakan oleh penduduk negara republik itu.
Terdahulu, penganalisis Ming-Chi Kuo turut menyatakan penghantaran global iPhone mungkin akan berkurang sebanyak 25 hingga 30% jika Apple membuang aplikasi WeChat dalam App Store secara global.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- Apple Dijangka Menggunakan Teknologi 4nm Dari TSMC Untuk Cip iPhone Akan Datang
- Ujian JerryRig Dedahkan Titanium iPhone 15 Pro Lebih 'Power' Berbanding Galaxy S24 Ultra
- Pelancaran iPhone 15 Mungkin Ditangguh Sehingga Oktober
- Imej Tertiris Dedahkan iPhone 15 Mungkin Dilengkapi Kelajuan Pemindahan Data Thunderbolt
- Terpaksa Benarkan 'Sideloading' iPhone, Apple Kata Ini Salah Faham Mengenainya
- Ming-Chi Kuo: iPhone 13 Model Pro Akan Menerima Naik Taraf Lensa Sudut Lebar Dan Autofokus
- Apple Akan Benarkan Pengguna Di Eropah Padam Safari Dari iPhone
- Masalah Kamera iPhone 14 Pro Bergegar, Apple Akan Lepaskan Kemas Kini Minggu Depan
- Kuo: Kamera Utama iPhone 15 Pro Mungkin Tidak Akan Dilengkapi Dengan Ciri Ini
- Tiada Lagi Suis, Imej Tertiris Perlihatkan iPhone 15 Pro Dengan Butang 'Silent'