OPPO sebelum ini telah mengacah peranti pintar terbaharu mereka iaitu OPPO Find X2 edisi khas LoL dalam sebuah muzik video bersempena kejohanan League of Legends Esports: World 2020. Menurut laporan dari Weibo, peranti itu bakal dilancarkan pada 19 Oktober ini. Edisi khas LoL ini akan mempunyai cat yang khusus dan tema eksklusif berdasarkan permainan tersebut…
Kategori: Berita
Pengasas Bersama, Carl Pei Dilapor Telah Meninggalkan OnePlus
Umum mengetahui, Carl Pei adalah pengasas bersama OnePlus dengan CEO Pete Lau sejak Disember 2013. Kini, laporan menyatakan beliau telah meninggalkan syarikat itu baru-baru ini. Perkongsian di Reddit oleh JonSigur mendedahkan memo dalaman yang mendakwa ianya dari OnePlus. Pada memo tersebut, tiada nama Carl Pei yang disenaraikan. Ia turut menyatakan Emily Dai, yang sebelum ini adalah…
iPhone 12 6.1 Inci Dijangka Menjadi Model Paling Popular
Umum mengetahui, Apple akan melancarkan barisan iPhone 12 dalam acara “Hi, Speed” yang akan berlangsung pada malam esok. Dijangkakan 4 model akan diperkenalkan dalam acara itu. Kini, penganalisis Ming-Chi Kuo menyatakan iPhone 12 6.1 inci akan menjadi model paling laris dalam siri iPhone 12. Ia menjangkakan 40% jumlah penjualan adalah dari iPhone 12 versi asas…
Lenovo Yoga Slim 7i Carbon Hadir Penghujung Oktober Ini, Harga Bermula RM4399
Lenovo hari ini telah memperkenalkan barisan terbaharu komputer riba mereka dalam siri Yoga. Komputer riba ini hadir dengan binaan yang sangat ringan iaitu beratnya hanya 966g serta mendapat penarafan MIL-STD-810G. Komputer riba ini menggunakan paparan 13.3 inci anti-glare beresolusi QHD (2560×1600) dengan bezel yang nipis. Ia menawarkan 100% sRGB serta Dolby Vision dan mendapat penarafan…
OPPO Smart TV R1 65″ Akan Diperkenal Pada 19 Oktober Ini
OPPO sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan Smart TV pertama. Kini, syarikat itu secara rasmi mengesahkan sebuah acara akan berlangsung di Shanghai, China pada 19 Oktober ini. Pada acara itu nanti, OPPO dijangka akan mengumumkan Smart TV berkenaan. TV tersebut akan dimuatkan dengan kamera pop-up swafoto. Ia juga dijangka akan dilengkapi panel 4K QLED dengan kadar…
Sony Xperia 5 II Pula Ditawarkan Berharga RM4,099 Di Malaysia
Selain Sony Xperia 1 II, Sony Malaysia turut menyenaraikan harga jualan Xperia 5 II. Jika Xperia 1 II berharga RM4,999, Xperia 5 II pula dijual pada harga RM4,099. Ia sedikit rendah berikutan Xperia 5 II merupakan model ini adalah lebih kecil berbanding Xperia 1 II. Walaupun begitu, Xperia 5 II tetap hadir dengan spesifikasi mercu…
