Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

DBP: Padanan Untuk Istilah ‘Flagship’ Ialah Andalan

Posted on November 4, 2020

Flagship merupakan istilah Bahasa Inggeris merujuk kepada produk paling penting yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat.

Istilah ini juga sering kali digunakan dalam artikel dan juga penulisan kami seperti produk flagship atau telefon flagship.

Namun begitu, untuk bahasa Malaysia, istilah flagship tiada padanan sesuai dan sering kali dirujuk sebagai ‘mercu’.

Terkini, DBP telah memaklumkan bahawa padanan rasmi untuk flagship ialah andalan. Melalui hantaran pihak DBP, mereka menerangkan istilah berkenaan pada kelazimannya diguna pakai dalam bidang perniagaan.

Peka Bahasa: Andalan

Sumber: https://t.co/Y9V91BUucf

Ikuti kami melalui Telegram: https://t.co/alJv66tpCN#PekaBahasa #GerakanDekadBahasaKebangsaan#DekadMembacaKebangsaan #BahasaJiwaBangsa #MalaysiaMembaca #KLWBC2020 pic.twitter.com/jSGYsh5RxY

— Dewan Bahasa dan Pustaka (@DBPMalaysia) November 3, 2020

Jika melihat kepada laman web rasmi DBP, maksud dan definisi andalan adalah:

  • orang yang dipercayai
  • sesuatu yang terjamin (mutunya, kekuatannya, kebaikannya, dll)

Walaupun begitu, ada sesetengah yang berpendapat penggunaan mercu lebih sesuai dipadankan dengan flagship disebabkan kelaziman penggunaan dan juga maksud perkataan yang lebih tepat.

Bagaimana dengan anda, andalan atau mercu?

Sumber: DBP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress