Menurut kajian yang dijalankan oleh laman analisis NowSourscing, sebanyak 95 juta unit telefon pintar di di Amerika Syarikat (A.S) mengalami kerosakan setiap tahun. Kerosakan itu pula berpunca daripada kelalaian penggunanya sehingga menyebabkan setiap saat akan berlakunya 2 insiden skrin telefon pintar retak di A.S akibat insiden terjatuh. Malah kaji selidik oleh laman itu juga mendapati,…
Kategori: Berita
Jepun Menetapkan Tanda Aras Baru Kelajuan Internet Dunia
Penyelidik di Institut Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kebangsaan Jepun (NICT) dilaporkan telah memecah rekod kelajuan internet selepas berjaya memindahkan data pada kelajuan 319 terabit (TB)/saat. Kelajuan itu bukan sahaja memecah rekod tahun lalu yang merekodkan selaju 178TB/saat, tetapi juga adalah 2 kali ganda lebih pantas darinya yang dicapai oleh jurutera Jepun dan U.K. Kelajuan memindahkan…
Tablet Dan Laptop Baharu Huawei Masuk Malaysia 27 Julai Ini
Awal Julai yang lepas kita sedia melihat Huawei tampil mengumumkan 8 buah peranti baharu untuk dipertaruhkan di pasaran. Terdiri daripada tablet, komputer riba, jam tangan pintar dan lain-lain. Terbaru, Huawei Malaysia telah menyatakan ketibaan empat peranti tersebut ke tanah air kita. Peranti yang dimaksudkan adalah Huawei MatePad 11, Huawei MateBook D15 serta Huawei MateBook 14….
Tonton Video PDRM Memusnahkan 1069 Mesin Bitcoin Bernilai RM5.3 Juta Menggunakan Penggelek Jalan
Beberapa hari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri, Sarawak telah memusnahkan sejumlah 1069 unit mesin Bitcoin yang dianggarkan bernilai RM5.3 juta. Ia adalah hasil operasi bersepadu antara pihak PDRM Miri dan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang dijalankan antara bulan Februari hingga April 2021. Siasatan PDRM dan SEB mendapati, aktiviti perlombongan Bitcoin itu bersumberkan tenaga elektrik…
Perisian Intip ‘Pegasus’ Dari Israel Mensasarkan Wartawan, Ahli Politik Dan Aktivitis Di Seluruh Dunia
Firma Israel yang membangunkan perisian intip yang dikenali sebagai ‘Pegasus’ didakwa menjadikan wartawan, ahli politik dan aktivitis-aktivis di seluruh dunia sebagai sasaran mereka. Ia didedahkan menerusi laporan hasil siasatan yang dibuat secara kerjasama laman media antarabangsa seperti The Guardian dan The Washington Post. Pegasus yang dibangunkan oleh NSO Group sebelum ini menyatakan bahawa perisian intip…
SKMM Menjemput Pengguna Awam Terlibat Mengkaji Semula Standad Pancaran Medan Elektromagnet (EMF)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan, mereka akan mengkaji semula Standard Mandatori untuk Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) dari Infrastruktur Komunikasi Radio bermula dari 19 Julai ini sehingga 17 September depan. Kaji semula itu merupakan Siasatan Awam di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. SKMM menyatakan, kajian semula ke atas Standard Mandatori…
