Ini terbukti Apabila peranti penjejak Apple ini telah membantu seorang pemiliknya menemui semula skuter yang dicuri.
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Dan Guido di platfom sosial tersebut dengan menceritakan bagaimana AirTag membantu dia menemui semula skuternya itu.
Menurut Dan, dia ada menyembunyikan 2 AirTag pada skuter tersebut. Lalu dengan menggunakan rangkaian Apple Find My dan UWB (Ultra-wideband), dia cuba menjejaki skuternya yang hilang ituu.
https://twitter.com/dguido/status/1424921645483966466
Penemuan skuternya itu turut mendapat bantuan secara tidak langsung dari pihak polis NYPD yang pada awalnya enggan membantu pencarian skuternya.
Untuk mengesahkan skuter itu miliknya, Dan memainkan bunyi dari AirTag itu dan menyambungkannya kepada aplikasi Ninebot di peranti iOS miliknya.
https://twitter.com/dguido/status/1424921721820393489
Berdasarkan kepada pengalamannya itu juga, Dan memberikan tips kepada pengguna Apple AirTag supaya pengguna lain boleh bersedia jika perkara sama berlaku pada mereka.
https://twitter.com/dguido/status/1424921741181300736
Dan berkongsikan pengalaman menjejak skuternya yang hilang menggunakan AirTag secara terperinci menerusi 22 kicauan di akaun Twitter miliknya.
Apple AirTag dijual pada harga Rm149 dan aksesori untuk peranti ini juga ditawarkan pada harga RM199 dan RM149.

Sumber: Cnet
Baca juga: AirTag Dilancar, Penjejak Peranti Pertama Apple
Apple Cakap AirTag Bukan Dicipta Untuk Dua Perkara Ini
Android Mungkin Akan Ada Fungsi Seperti "Find My" Apple
Berkaitan
- iOS 13 Dan watchOS 6 Sudah Mula Ditawarkan Kepada Pengguna iPhone dan Apple Watch
- Apple Melancarkan MacBook Pro 13 Inci Terbaru, Harga Bermula RM 5599
- 7 Pembekal Apple Di China Didakwa Ada Kaitan Dengan Program Buruh Paksa Umat Islam Uyghur
- Sebanyak 11 Negara Meminta Apple Membuang Sejumlah 634 Aplikasi Dari App Store
- Tanpa Amaran, Apple Sekat Aplikasi Sosial Paling Popular Dari Rusia Di App Store
- Apple Menaik Taraf Barisan Model iMac Dengan Perkakasan Yang Lebih Berkuasa
- Apple Melancarkan Program Pembaikan Percuma Untuk iPhone 6s Dan iPhone 6s Plus
- Ini Senarai 11 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk iPhone, iPad, Apple TV, Apple Watch Dan Mac 2022
- Apple Mungkin Akan Mengalah, Barangkali USB-C Akan Hadir Pada iPhone 2023
- Apple Mematikan Ciri 'Walkie Talkie' Pada Apple Watch Buat Masa Ini