Antara kelebihan kamera pada iPhone 13 ialah kemampuannya untuk mengambil gambar makro. Mod makro akan aktif secara automatik apabila ia mengesan objek yang terlalu dekat dengan lensa kamera. Namun begitu ia tidak mempunyai butang khusus untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya. Melalui perkongsian Dylan di akaun Twitternya, iOS 15.2 Beta hadir dengan ciri yang dapat menggembirakan pengguna…
Kategori: Berita
Pengguna Kini Boleh Bayar Bil TNB Guna Boost, Dapat Ganjaran Sehingga RM20
Julai lalu, Boost membenarkan pelanggannya untuk membuat pembayaran bil secara automatik. Kini, mereka mengumumkan penawaran baharu terhadapnya dimana Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi pengebil terbaharu dalam aplikasi eDompet tersebut. Bersempena kehadirannya, pengguna yang menggunakan Boost untuk membayar bil TNB mulai hari ini hingga 28 Februari 2022, anda dapat menikmati ganjaran bernilai sehingga RM20. Pulangan tunai…
Tesla Beri Kejutan, Pelanggan Terima Kereta Tanpa Port USB
Sejumlah pengguna Model 3 dan Model Y yang baru saja menerima kereta mereka minggu lalu melaporkan kereta mereka tidak disertakan port USB-C sama ada di konsol hadapan atau tempat duduk belakang. Lubang yang seharusnya menjadi port USB-C tersebut ditinggalkan lompong dan ada yang mengatakan pengecasan tanpa wayar juga tidak berfungsi. Sesetengah pelanggan tidak dimaklumkan langsung…
Skor Geekbench Samsung Galaxy S22+ Dengan Snapdragon 898 Didedahkan
Samsung dijangka melancarkan siri Galaxy S22 termasuk cip pemproses Exynos 2200 sekitar awal tahun 2022. Seperti biasa, tiga peranti yang mungkin diperkenalkan adalah Galaxy S22, S22+ dan juga S22 Ultra. Terbaru, skor bagi ujian penanda aras telefon Samsung SM-S906U yang mungkin Galaxy S22+ muncul di Geekbench. Namun, peranti tersebut dikuasakan cip Snapdragon 898 dan bukan…
Kemampuan Grafik Exynos 2200 Dikatakan Setara Snapdragon 888
Sebelum ini kami telah melaporkan siri Galaxy S22 akan dilancarkan pada Febuari 2022. Pengumuman di akaun Samsung Exynos beberapa hari lepas mengacah mereka akan mengumumkan perkara baru 19 November ini. Ada yang percaya ini petanda cip baru Exynos 2200 sudah sedia untuk dirasmikan. Bagaimanapun, FronTron melaporkan melalui ujian dalaman, cip grafik AMD dalam Exynos 2200…
Amerika Syarikat Halang Intel Tingkatkan Pengeluaran Cip di China
Bloomberg melaporkan Intel bercadang untuk membuat wafer silikon di kilang di Chengdu, China yang akan mula beroperasi pada penghujung 2022. Bagaimanapun, White House tidak gembira dengan cadangan tersebut atas faktor keselamatan. Disebabkan Intel memerlukan sokongan kewangan daripada kerajaan, maka Intel dikatakan akan mencari jalan lain untuk menangani isu bekalan cip yang dihadapi mereka ketika ini….
