Selepas hampir 2 tahun diam tanpa perkhabaran, siri manga aksi-pengembaraan popular karya Yoshihiro Togashi, Hunter x Hunter, disahkan akan kembali ke Weekly Shonen Jump pada tahun ini. Menerusi program Shonen Jump’s Jump Press, Hunter x Hunter didedahkan akan kembali dalam Weekly Shonen Jump bermula Isu 45. Bab baharunya itu akan dikeluarkan pada 7 Oktober 2024 akan…
Kategori: Berita
GoPro Akan Kurangkan 15% Tenaga Kerja Tahun Ini
Pembuat kamera aksi GoPro akan mengurangkan kira-kira 15% tenaga kerja pada tahun ini sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula untuk mengurangkan perbelanjaan operasi, lapor Reuters. Pemberhentian itu bakal menjejaskan sekitar 139 daripada 925 pekerja, dengan jangkaan akan bermula pada suku ketiga dan selesai menjelang akhir 2024. Awal bulan ini, GoPro melaporkan hasil sebanyak $186 juta…
Amsterdam Haramkan Penjawat Awam Guna Telegram Pada Telefon Kerja
Perbandaran Amsterdam melarang penjawat awamnya daripada menggunakan aplikasi pemesejan Telegram pada telefon kerja berikutan kebimbangan terhadap aktiviti jenayah dan potensi pengintipan. Larangan itu, yang dilaksanakan pada akhir April tetapi baru-baru ini didedahkan kepada umum, dikaitkan dengan kebimbangan bahawa Telegram boleh menjadi “tempat perlindungan selamat untuk penggodam, penjenayah siber dan pengedar dadah,” menurut jurucakap majlis perbandaran…
CAAM Larang Terbang Dron Tanpa Kelulusan Di Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Bermula 26 Hingga 31 Ogos
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan Hari Kebangsaan 2024, bermula dari 26 hingga 31 Ogos 2024. CAAM berkata larangan itu bertujuan untuk memastikan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan selamat, selain mengelakkan daripada berlaku…
Apple Keluarkan Semula Kemas Kini iOS 17.6.1
Apple hari ini mengeluarkan versi baharu iOS 17.6.1. Keluaran semula ini membawa nombor binaan baharu, 21G101, berbanding versi asal dengan 21G93. Untuk rekod, Apple telah pun mengeluarkan iOS 17.6.1 versi asal pada 8 Ogos 2024. Ia hadir dengan pembetulan pepijat penting serta menangani isu yang boleh menghalang pengguna untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri Perlindungan Data…
Google Tamatkan Ganjaran Temui Pepijat Dalam Aplikasi Android
Google akhirnya menamatkan program ganjaran pepijat mereka yang dikenali sebagai Google Play Security Reward Program (GPSRP). Program itu telah dilancarkan Google pada Oktober 2017 dahulu sebagai cara untuk memberi insentif kepada pakar keselematan untuk mencari dan mendedahkan kelemahan secara bertanggungjawab dalam aplikasi Android popular yang ditawar melalui Google Play Store. Tujuan program ganjaran oleh Google…
