Amazon Web Services (AWS) hari ini mengumumkan pelancaran Rantau AWS Asia Pasifik di Malaysia. Bermula hari ini, pembangun, syarikat pemula, usahawan dan perusahaan, serta kerajaan, pendidikan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) akan mempunyai pilihan untuk menjalankan aplikasi dan memberikan perkhidmatan kepada pengguna akhir daripada pusat data AWS di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka…
Kategori: Berita
Proses Permohonan Lesen Media Sosial Tidak Sukar – Fahmi
Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa proses permohonan lesen untuk membolehkan penyedia platform media sosial beroperasi di negara ini tidak sukar. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan proses permohonan itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja. Kita beri jaminan kepada (penyedia) platform media sosial, memandangkan yang kita…
Varian Baharu Xbox Series S/X Akan Tersedia Oktober Ini
Microsoft pada Jun telah pun mengumumkan tiga pilihan konsol baharu – Xbox Series S 1TB (Robot White), Xbox Series X 1TB Digital Edition (Robot White) serta Xbox Series X 2TB Galaxy Black. Kini, syarikat itu mengumumkan tiga pilihan konsol Xbox Series X/S tersebut akan tersedia di Amerika Syarikat bermula 15 Oktober, dengan pasaran lain akan…
Microsoft Mula Sekat Pengguna PC Lepasi Keperluan Windows 11
Jika sebelum ini anda boleh menaik taraf PC lama anda untuk memasang Windows 11, tetapi Microsoft kini telah mula menampal eksploitasi yang membolehkan pengguna mengelak semakan keperluan sistem tersebut. Seperti yang dilaporkan oleh TheBobPony di X, bermula dengan tampalan terkini di Canary, helah arahan (command) “/product server” yang memaksanya melangkau semakan perkakasan apabila memasangnya pada…
Anda Kini Boleh Guna Penjana Imej AI Berkuasa Baharu Dari Google Secara Percuma
Mungkin ada yang belum tahu, Google telah mengeluarkan versi terkini penjana imej AI mereka kepada semua melalui perkhidmatan AI Test Kitchen. Dikenali sebagai Google Imagen 3, ia pertama kali diumumkan pada bulan Mei lalu semasa acara I/O syarikat itu tetapi ia hanya dilancarkan pada minggu lepas selepas Google menerbitkan kertas penyelidikan mengenainya. Imagen 3 berfungsi…
Borderlands 4 Akan Hadir Pada 2025, Boleh Tonton Video Prapelancaran Ini
Baru-baru ini 2K dan Gearbox Software secara rasmi mengumumkan bahawa Borderlands 4, permainan baharu dalam francais ikonik looter-shooterk, akan dilancarkan pada 2025 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Ia tersedia untuk senarai prapesan sekarang. Borderlands 4 diumumkan pada Opening Night Live gamescom dengan gambaran pertama mereka tentang…
