Huawei secara rasmi melancarkan Mate XT, telefon pintar tri-lipat pertama dunia yang tersedia secara komersial. Telefon tri-lipat tersebut telah mencatat lebih tiga juta prapesan. Mate XT hadir dengan tiga skrin LTPO OLED yang menyokong kadar penyegaran 120Hz, memberikan pengguna pelbagai pilihan saiz paparan. Dalam keadaan dilipat, paparan hadapan berukuran 6.4 inci, manakala satu lipatan…
Kategori: Berita
Telefon Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 4 Mungkin Naik Harga
Menurut Ice Universe, Qualcomm dilaporkan merancang untuk menaikkan harga pemproses Snapdragon 8 Gen 4, yang sekali gus akan menyebabkan telefon pintar andalan baharu menjadi lebih mahal. Tambahnya lagi, Snapdragon 8 Gen 4 mungkin dijual dengan harga $240. Ia merupakan peningkatan sebanyak 20.68% berbanding model sebelumnya, Snapdragon 8 Gen 3, yang berharga sekitar $200. Untuk perbandingan,…
GoPro HERO13 Black Dan HERO Rasmi Dengan Harga Bermula RM999
GoPro kini melancarkan dua kamera aksi baharu, HERO13 Black (RM1,999) dan HERO (RM999). HERO13 Black tampil dengan empat lensa boleh tukar siri HB yang secara automatik mengoptimumkan tetapan untuk rakaman ultra lebar, makro, sinematografi anamorfik, dan kabur gerakan pintar. Kamera ini juga menyertakan ciri GPS, penstabilan HyperSmooth, serta bateri Enduro berkapasiti lebih besar dan lebih…
Kelajuan USB-C iPhone 16 Masih Perlahan Seperti USB 2.0 24 Tahun Dulu
Apple hari ini telah pun mengumumkan model iPhone terkini mereka, iPhone 16 dan iPhone 16 Plus. Apple dengan bangga menguar-uarkan perkakasan yang dinaik taraf pada iPhone 16 berbanding model terdahulu seperti penggunaan cip A18 yang didakwa 30% lebih pantas dari A16 Bionic yang memacu iPhone 15. Tetapi sedarkah anda, Apple tidak pula ceritakan kelajuan yang…
Panasonic Energy Sedia Untuk Pengeluaran Besar-Besaran Bateri EV 4680
Pembekal Tesla dari Jepun, Panasonic Energy telah memuktamadkan persediaan untuk pengeluaran besar-besaran bateri kenderaan elektrik (EV) berkapasiti tinggi. Kilang Panasonic Energy yang telah diubah suai di wilayah barat Wakayama akan berfungsi sebagai kilang utama untuk menghasilkan sel 4680, yang menurut syarikat itu mempunyai kapasiti 5 kali ganda bateri silinder 2170 yang lebih kecil. Unit bateri…
Malaysia Kini Dalam Senarai 15 Negara Miliki Internet Mudah Alih Terpantas Di Dunia
Berdasarkan semakan data terkini Speedtest setakat bulan Julai 2024 mendapati, Malaysia naik 5 anak tangga dalam Indeks Global Speedtest berbanding kedudukan sebelum ini. Sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ke-14 dengan merekodkan kelajuan muat turun internet mudah alih selaju 104.80Mbps. Ini satu pencapaian yang membanggakan kerana hanya Malaysia dan Singapura sahaja yang negara dari rantau…
