Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16

Gurman: “iPhone Baharu” Mungkin Tidak Lagi Akan Dilancarkan Setiap Tahun

Diterbitkan Oktober 8, 2024 · Dikemas kini Oktober 11, 2024 oleh ariff bukhari

Selama bertahun-tahun, Apple Inc. telah mengemas kini produk terbesarnya pada setiap tahun.

Walau bagaimanapun, memandangkan rangkaian produk Apple telah berkembang dengan ketara, mengekalkan kitaran kemas kini tahunan untuk barisan produk mereka mungkin sudah menjadi semakin tidak praktikal lagi.

Berdasarkan laporan Bloomberg oleh Mark Gurman baru-baru ini seakan mencadangkan bahawa Apple mungkin tidak lagi akan melancarkan siri iPhone terbaharu setiap tahun sepertimana yang diamalkan sekarang.

Ia selepas pemerhati itu melihat Apple telah mula menyimpang daripada pelancaran tradisionalnya.

Gurman berkata, terdapat jelas di mana peningkatan tahunan untuk perkakasan peranti adalah tidak diperlukan.

Sebagai contoh, daripada memperkenalkan Watch Ultra 3, Apple hanya melancarkan Watch Ultra 2 dalam pilihan warna baharu sahaja iaitu warna hitam.

iPhone 16

Malah dengan isu kemas kini sistem operasi seperti isu ketersediaan kecerdasan buatan (AI) Apple Intelligence yang tertangguh untuk iPhone 15 dan 16 menerusi iOS 18, Gurman berkata Apple menunjukkan trend hanya akan mengeluarkan produk apabila ia bersedia sahaja dan bukannya mengikut garis masa tahunan dengan ketat.

Sungguhpun begitu Gurman berpendapat, Apple mungkin masih akan sentiasa mengeluarkan iPhone baharu setiap tahun — atas sebab persaingan, kewangan dan pemasaran, tapi akan lebih selektif pada produk mereka yang lain.

Sebagai contoh dari iPhone SE, siri pertama iPhone SE telah dilancarkan pada Mac 2016 dahulu. Generasi keduanya hanya dilancarkan pada April 2020 diikuti oleh generasi ketiganya yang dilancarkan pada Mac 2022.

Oleh yang demikian, mungkin satu hari nanti iPhone standard atau Pro tidak dikeluarkan setiap tahun.

Berkaitan

  • iPhone SE 4 Dijangka Dilengkapi Panel OLED, 2 Pembekal LCD Akan Terkesan
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya
  • Laman Web iCloud Tambah 9 Ciri Baharu

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY