Beli Salah Satu Siri Galaxy S20 Dan Dapatkan Pad Pengecasan Tanpa Wayar Dan Kad Memori 128GB

Semasa pelancaran roadshow siri Galaxy S20 pada minggu lepas,  Samsung Malaysia menawarkan Samsung Smart UHD TV bagi pelanggan awal yang mendapatkan telefon pintar terbarunya itu. Penawaran tersebut terhad kepada beberapa unit sahaja. Turut sama diberikan adalah aksesori berupa pead pengecasan tanpa wayar (RM239) dan kad MikroSD 128GB.

Bagi anda yang terlepas dengan penawaran tersebut, jangan bimbang kerana Samsung melanjutkan lagi tarikh bagi mendapatkan bundle eksklusif tersebut. Ia boleh didapati pada pengedar sah Samsung Malaysia yang terpilih. Penawaran ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020. Namun begitu, hadiah yang diberi hanyalah pad pengecasan tanpa wayar dan kad memori sahaja. TIada TV ya.

Langkah-langkah untuk mendapatkan hadiah tersebut adalah seperti berikut :

  1. Beli mana-mana siri Galaxy S20.

  2. Ambil pad pengecas tanpa wayar dari kedai Samsung yang megambil bahagian.

  3. Daftar maklumat untuk tebus kad memori Samsung MicroSD 128GB.

  4. Penghantaran Kad Memori Samsung MicroSD 128GB.




Siri Samsung Galaxy S20 membawakan pelbagai kelainan serta inovasi bagi setiap model. Samsung Galaxy S20 Ultra menawarkan 100x zoom dan rakaman video 8K. Manakala, bagi Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy S20 didatangkan dengan 30x zoom serta rakaman video 8K.

Harga rasmi untuk ketiga-tiga model ini adalah RM 3,599 untuk S20, RM 3,999 untuk S20+ dan RM 4,999 untuk S20 Ultra 5G.