Dapatkan Samsung Galaxy A51 Dan A30s Dengan Potongan Harga RM100 Melalui 'Trade In' Peranti Lama Anda

Jika anda sedang mencari telefon baru, maka inilah berita baik untuk anda. Bermula 26 Februari sehingga 31 Mac 2020, Samsung Malaysia mengadakan tawaran potongan harga bagi Samsung Galaxy A51 dan A30s sehingga RM 100 jika anda ''trade in'' telefon pintar lama anda.

Pengguna yang mahu ''trade in'' telefon pintar yang lama perlu membawa peranti tersebut ke kedai Samsung yang berhampiran untuk diuji. Sekiranya berjaya, pengguna boleh dapatkan potongan harga RM 100 bagi telefon pintar Samsung Galaxy A51 dan A30s.

trade in samsung

Samsung Galaxy A51 dijana oleh EXYNOS 9611 dengan RAM 4GB/6GB/8GB serta storan dalaman 64GB/128GB yang menyokong kad mikroSD sehingga 512GB. Bateri bagi peranti ini berkapasiti 4000mAh dengan pengecasan 15W. Kuad kamera menggunakan 48MP bagi kamera utama, 5MP depth, 5MP Makro dan 12MP ultralebar. Kamera hadapan pula menggunakan 32MP.

Samsung Galaxy A30s hadir dengan skrin 6.4-inci HD+ Super AMOLED, dilengkapi memori 4GB RAM dan bateri 4000mAh. Peranti ini menawarkan dua variasi storan iaitu 64GB dan 128GB. Ia disempurnakan dengan tri-kamera belakang 25MP kamera utama, 8MP ultra lebar dan 5MP depth.