Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belarus Lancar Platform Baharu Gantikan YouTube Selepas Video Ucapan Presiden Disekat

Belarus Lancar Platform Baharu Gantikan YouTube Selepas Video Ucapan Presiden Disekat

Diterbitkan September 13, 2024 · Dikemas kini September 13, 2024 oleh ariff bukhari

Kerajaan Negara Belarus telah melancarkan portal multimedia pertamanya sendiri, videobel.by.

Platform baharu itu akan menawarkan akses kepada semua kandungan sosial dan politik media massa terkemuka Belarusia.

Platform baharu itu akan menawarkan saluran penstriman dan siaran langsung penting, khususnya, daripada acara yang dihadiri oleh ketua negara.

Ia akan menyediakan pilihan 5 tajuk berita teratas bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan terkini.

Ini ialah portal media sehenti untuk pengguna mendapatkan kandungan yang terbaik dan paling relevan di negara tersebut.

Belarus Lancar Platform Baharu Gantikan YouTube Selepas Video Ucapan Presiden Disekat

Bercakap kepada media, Ketua Pengarah BelTA, Irina Akulovich berkata bahawa portal itu mula-mula akan tertumpu pada kandungan sosial dan politik yang paling penting bagi media massa terkemuka Belarusia.

Bercakap mengenai kemudahan portal, Irina Akulovich menyatakan bahawa ia akan memberikan akses kepada semua program dan siaran saluran TV dalam talian.

Ketua pengarah BelTA itu menekankan bahawa tidak akan ada persaingan dengan saluran TV kerajaan.

Apabila ditanya mengapa BelTA dipilih untuk menguruskan platform itu, Irina Akulovich berkata:

“Pertama sekali, BelTA ialah penyedia berita utama. Tugas wartawan kami adalah untuk menjejaki projek anda [projek media massa terkemuka Belarusia] dan melakukan yang terbaik untuk mempromosikannya. Kami, secara amnya, tahu semua projek yang sedang diusahakan oleh rakan sekerja kami. Kami tahu keseluruhan ruang maklumat.” Ketua pengarah BelTA, Irina Akulovich.

Beliau turut menyatakan bahawa ini bukan projek BelTA semata-mata tapi ia adalah projek bersama media massa terkemuka Belarusia.

Pelancaran paltform video baharu itu dibuat selepas ia dicadangkan sendiri oleh presiden negara itu, Alexander Lukashenko dan ia hanya mengambil masa setahun sahaja untuk siap dibangunkan.

Ia sebagai tindak balas kepada sekatan yang dibuat oleh YouTube ke atas ucapan presiden tersebut dari dipaparkan di platform itu pada tahun 2023 lalu.

Kerajaan Malaysia juga sebelum ini telah dilaporkan  bercadang untuk mewujudkan satu aplikasi media sosial baharu yang khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, pembangunan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia tidak menjadi keutamaan kerajaan, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Berkaitan

  • Kerajaan Teliti Cadangan Wujudkan Aplikasi Media Sosial Baharu Untuk Rakyat Malaysia
  • Kos Bangunkan Media Sosial Tinggi, Bukan Keutamaan Kerajaan Buat Masa Ini - Fahmi
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: belta.by, essanews.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY