Bekas CEO Yahoo Kembali Gunakan Gmail

Yahoo dan Google merupakan nama besar di dalam dunia internet.

Dua syarikat gergasi berkenaan bersaing dalam pelbagai platform, antaranya adalah

  • Layanan e-mel

  • Mesin carian


Dalam banyak-banyak persamaan antara dua syarikat tersebut terdapat satu perkara yang tidak ramai tahu.

Anda kenal dengan Marissa Mayer?

Beliau merupakan CEO Yahoo tetapi telah meletakkan jawatan beberapa hari yang lepas.



Dipercayai peletakkan jawatan itu adalah disebabkan pengambil alihan Yahoo oleh Verizon Communications, sebuah syarikat operator tanpa wayar terulung dari Amerika Syarikat.

Tapi.... tahukah anda sebelum dilantik menjadi CEO di Yahoo, Marissa Mayer merupakan orang penting di dalam Google.

Beliau merupakan watak penting dalam menghasilkan produk-produk Google seperti;

  • Google Search

  • Google Images

  • Google Maps

  • Google News

  • Gmail


Hebat bukan?

Selepas mengundurkan diri daripada Yahoo, Marissa Mayer dikatakan telah menyatakan keinginannya untuk menggunakan semula akaun Gmail yang telah ditinggalkan sejak menjadi CEO Yahoo.

"Saya berharap untuk menggunakan Gmail semula. Saya lebih pantas menggunakan alat yang saya reka sendiri"ujar Marissa Mayer di sebuah persidangan baru baru ini.