Beberapa Pengguna iPhone Mengalami Isu Tiada Servis Lepas Kemas Kini iOS 14.7.1

Beberapa minggu yang lalu Apple telah melepaskan kemas kini iOS 14.7.1 untuk menyelesaikan masalah pepijat nyahkunci menggunakan Apple Watch.

Namun, masalah lain pula timbul selepas itu kerana beberapa pengguna melaporkan mereka mengalami isu tiada servis (No Service) bagi rangkaian selular.

Apple tidak memberi maklum balas berkaitan isu tersebut tetapi mereka ada cara bagi anda untuk menyelesaikan masalah itu. Antaranya adalah seperti tutup dan buka semula data selular, restart peranti, buka kad SIM, tetapkan semula (reset) rangkaian (network) atau hubungi penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda.

Bagi anda pengguna iPhone dan menjalankan iOS 14.7.1, adakah anda mengalami isu yang serupa? Berkemungkinan Apple akan menawarkan kemas kini baharu dalam masa terdekat.

Sumber: BGR, 9to5mac

Baca juga: