China Meluluskan Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi Paling Ketat Di Dunia

Kerajaan China telah meluluskan undang-undang perlindungan data peribadi pengguna yang dikatakan sebagai salah satu pelaksanaan undang-undang data peribadi yang paling ketat di dunia.

Undang-undang itu akan dikuatkuasakan bermula 1 November 2021.

Pelaksanaan undang-undang baru itu adalah tindakan susulan kerajaan negara itu terhadap aduan pengguna tentang berlakunya insiden salah urus data, penipuan, jual beli data pengguna dan lain-lain yang dilaporkan dilakukan oleh syarikat-syarikat di dalam China terhadap pelanggannya.

Dengan pelaksanaan undang-undang itu nanti, syarikat-syarikat persendirian  di dalam China perlu mematuhi syarat bagaimana mereka mengumpul, menyimpan dan menggunakan data peribadi pelanggannya.

Setakat ini, teks kandungan penuh undang-undang itu tidak didedahkan lagi kepada umum.

Tetapi kandungan awal draf undang-undang itu adalah berkaitan syarikat perlu memohon kebenaran pelanggannya bagi menguruskan data peribadi mereka.

Perlanggaran undang-undang itu boleh menyebabkan sesebuah syarikat di China di denda sehingga $7.7 juta.

Sunguhpun undang-undang perlindungan data peribadi ini mensasarkan  syarikat-syarikat China, tetapi ia juga turut terpakai kepada syarikat asing dalam menguruskan data peribadi pelanggan mereka di negara itu.

Undang-undang itu mungkin seakan sama sepertimana undang-undang perlidungan data peribadi yang dilaksanakan oleh Eropah.

Cuma berbeza dengan Eropah, draf awal undang-undang data peribadi China tidak menyebut tentang limitasi terhadap pemerintah bagi mengakses data peribadi rakyatnya.

Sumber: AP, Apple Insider