Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi logo

Beberapa Pengguna Digi Sedang Mengalami Masalah Internet

Diterbitkan Oktober 27, 2021 ยท Dikemas kini Oktober 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Kemas Kini: Digi sudah memberikan kenyataan rasmi, klik di SINI untuk membaca.

Beberapa hari lepas, Digi ada mengumumkan bahawa pengguna mereka bakal mengalami masalah gangguan perkhidmatan bermula 25 Oktober hingga 9:30 pagi 26 Oktober.

Pun begitu, sehingga kini, beberapa pengguna Digi masih mengeluh kerana menghadapi gangguan rangkaian internet dan sebagainya.

Menurut laman rasmi Digi, mereka ada menyatakan beberapa pengguna pascabayar sedang mengalami internet terputus-putus secara rawak atau kelajuan muat turun perlahan daripada biasa.

Screenshot 2021-10-27 at 4.18.28 PM

Selain itu, Digi menyatakan perkhidmatan seperti MyDigi App, menambah nilai prabayar melalui KK Mart dan 7Eleven serta pembayaran bil pascabayar menggunakan Maybank2u tidak boleh digunakan buat masa ini atau akan mengalami rangkaian terputus-putus.

Screenshot 2021-10-27 at 4.16.40 PM

Bagi mengatasi masalah tersebut, Digi sedang berusaha untuk membaikpulihnya secepat mungkin. Berdasarkan ciapan daripada seorang pengguna Twitter, beliau mengatakan telah berhubung dengan khidmat pelanggan Digi dan dijangka masalah ini akan diselesaikan dalam jam 6 petang dan ke atas.

Oleh yang demikian, bagi pengguna Digi yang terjejas, anda boleh rujuk di pautan INI untuk cuba selesaikan masalah tersebut buat sementara waktu.

Sumber: Lowyat, Digi

Baca juga:

  • Ini Peranti Asus Yang Akan Terima Android 12 Bermula Disember Ini

  • Xiaomi Dedahkan Sebab Kenapa Ada Dua Telefon Redmi Note Tahun Ini

  • Cip Intel Baharu Didakwa Kalahkan Apple M1 Max

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY